Shopee baru sahaja melancarkan Shopee Food buat pengguna Lembah Klang, kini mereka sedia menawarkan pula penghantaran barangan segar menerusi pengenalan Shopee SuperMarket Fresh. Orang ramai boleh membuat tempahan barangan-barangan segar dengan mudah melalui platform yang tersedia.

Terdapat lebih daripada 12,000 produk yang boleh didapatkan oleh orang ramai yang merangkumi sayur-sayuran, buah-buahan, makanan sejuk beku, daging dan sebagainya.

Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, anda juga boleh menikmati penghantaran secara percuma ke rumah anda dan menerima baucar pada setiap hari. Penghantaran akan dibuat pada keesokan harinya selepas anda menempah barangan tersebut.

Setakat ini, Shopee hanya menawarkan servis penghantaran barang segar ini di sekitar Lembah Klang terlebih dahulu. Sudah pasti mereka akan pertimbangkan penawaran ini dengan lebih meluas di kawasan lain pula selepas ini sekiranya menerima permintaan yang tinggi.

Shopee sudah menawarkan servis penghantaran makanan di sekitar Lembah Klang bermula bulan September yang lalu.

Shopee Bakal Tawarkan Servis Penghantaran Makanan Di Sekitar Lembah Klang Seawal September Ini

Shopee Sediakan Laman Khas Untuk Pendaftaran ShopeeFood Buat Pemilik Kedai Makan

Sumber