Seiring dengan kemajuan industri automatif yang aktif melancarkan kereta dengan penggunaan elektrik sepenuhnya, Shell pada hari ini telah mengumumkan pelancarkan stesen pengecasan kereta elektrik Recharge HPC pertama Malaysia yang terletak di Tangkak, Johor.
Stesen ini diusahakan dengan kerjasama syarikat Porsche dalam memudahkan pemilik kenderaan elektrik mengecas kenderaan mereka menerusi penawaran kuasa sehingga 180kW DC.
Menariknya, pengguna hanya memerlukan masa penantian sekitar 30 minit untuk mengecas kereta daripada 0-80%. Pihak Shell juga turut mengumumkan bakal menawarkan 12 lagi stesen pengecasan kereta elektrik dalam memudahkan pengguna dapat mengaksesnya dari Singapura sehingga Utara Malaysia.
Mengulas mengenai harga pengecasan, Shell Recharge mengenakan harga keahlian sekitar RM835 setahun dengan bayaran pengecasan RM12 bagi untuk 5 minit pengecasan dan RM5 untuk 5 minit seterusnya.
Khusus buat pemilik Porsche Taycan, mereka berpeluang mendapatkan harga pengecasan yang lebih rendah iaitu RM10 bagi setiap 5 minit untuk 25 minit pertama dan RM5 bagi setiap 5 minit seterusnya. Para pengguna berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai Shell Recharge dengan klik di sini.
Tular pada minggu ini apabila DragonForce memberi amaran ancaman godaman yang berkemungkinan bakal meniriskan 40,000 maklumat imigresen Malaysia.
DragonForce Beri Amaran Ancaman Godaman, Berkemungkinan Tiriskan 40,000 Maklumat Imigresen Malaysia
Jadikan Gambar Sebagai NFT, ‘Selfie’ Harian Lelaki Ini Laris Selepas Tular Di Twitter