Kemas kini iOS 15 yang dilepaskan kepada pengguna pada kali ini telah membawakan ciri SharePlay yang dinantikan oleh pengguna produk Apple. Ciri ini boleh digunakan menerusi kesemua peranti Apple termasuklah iPhone, iPad, Apple TV dan juga Mac yang dijangka bakal menyusul kemudian.

Ciri SharePlay telah diperkenalkan untuk perkongsian menerusi FaceTime bersama pengguna Apple lain untuk kekal berhubung dalam melakukan pelbagai aktiviti. Menerusi sokongan perkongsian skrin, pengguna boleh melayari laman web atau melihat koleksi gambar serta menonton rancangan kegemaran mereka bersama-sama kenalan rapat.

Sumber Gambar: Apple

Malah, terdapat pelbagai aplikasi terkenal yang boleh dipasang menerusinya termasuklah Apple Fitness+, Apple Music, Apple TV+, NBA, Paramount+, SHOWTIME, TikTok, Twitch dan sebagainya yang boleh dikongsi dengan pengguna lain. Kesemua aktiviti yang dilakukan bakal disambungkan secara langsung merentas semua orang di FaceTime. Pengguna juga mendengar musik kegemaran mereka melalui Apple Music.

Menariknya, peserta yang dijemput ke dalam panggilan FaceTime juga berupaya mengawal konten media dimainkan pada peranti utama. Untuk memastikan setiap pengguna boleh berkomunikasi dengan baik, terdapat kawalan kelantangan dinamik yang akan memperlahankan audio yang distrim secara automatik apabila peserta FaceTime sedang bercakap.

Sumber Gambar: Apple

Oleh itu, sekiranya anda mahu menggunakan ciri menarik ini, boleh mula mengemas kini pada peranti Apple yang dimiliki. Selepas ini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama kenalan rapat mahupun keluarga yang sekaligus boleh merapatkan silaturahim.

Ketahui juga 5 ciri menarik yang anda boleh terokai menerusi kemas kini iOS 15 untuk dimanfaatkan pada kehidupan seharian anda.

5 Ciri Menarik Yang Bakal Menarik Perhatian Anda Pada Kemas Kini iOS 15

Apple Memperkenalkan Pelbagai Ciri Baharu Buat Perisian iWork

Sumber