Nama HTC dahulu sangat dikenali dalam arena telefon pintar dengan penawaran peranti yang padu kepada pengguna sebelum menghilang secara tiba-tiba. Malah, HTC juga pernah menjadi pengeluar paling inovasi kerana pelbagai ciri menarik yang disertakan pada peranti berbanding jenama lain suatu masa dulu.

Menerusi laporan terbaharu, jenama HTC bakal membuat kemunculan ulungnya pada April 2022 ini selepas menghilang sekian lama. Pada kali ini, para peminat tegarnya bakal diperkenalkan dengan sebuah telefon pintar flagship yang serba canggih.

Sumber Gambar: Digital Trends

Setakat ini, masih tiada maklumat terperinci yang dikongsikan mengenai telefon pintar HTC akan datang ini. Berdasarkan perkongsian awal, HTC dijangka mengintegrasikan beberapa ciri metaverse menerusinya. Hal ini sekaligus membuatkan ramai berpendapat HTC sedia menfokuskan kepada arena realiti maya yang sedang hangat ketika ini.

Malah, masih tidak diketahui sama ada HTC akan menawarkan telefon pintar dalam jumlah yang terhad ataupun secara meluas kepada pengguna. Oleh itu, sama-sama kita nantikan pengenalan telefon pintar terbaru HTC ini tidak lama lagi.

 Sementara di dalam arena telefon pintar, Oppo baru sahaja memperkenalkan teknologi 240W SuperVOOC pengecasan penuh peranti sepantas 9 minit sahaja.

Oppo Perkenalkan Teknologi 240W SuperVOOC, Pengecasan Penuh Peranti Sepantas 9 Minit

Xiaomi Perkenalkan Teknologi Pengecasan 200W Bolehkan Cas Penuh Peranti Sepantas 8 Minit