Sejak dua tahun terakhir ini, dapat dilihat permintaan untuk tablet semakin meningkat sekaligus menunjukkan keselesaaan orang ramai dalam menggunakannya. Penggunaan tablet kini bukan sahaja untuk sekadar gaming dan hiburan, malah sangat releven untuk kegunaan kerja seharian.

Melihat kepada perkembangan industri tablet, pastinya orang ramai mendambakan tablet yang mampu menawarkan apa yang diperlukan di samping hadir dengan harga berbaloi.

Menyoal mengenai permintaan pengguna, HUAWEI pada kali ini dilihat sangat bersedia dalam membariskan seleksi produk HUAWEI MatePad terdiri daripada pelbagai kategori. Berikut merupakan antara tablet HUAWEI yang berbaloi untuk anda dapatkan pada ketika ini.

1. HUAWEI MatePad Pro 12.6-Inch

Sumber: techadvisor

Sesuai dengan namanya, model ini dikhususkan buat golongan profesional yang mementingkan gerak kerja yang pantas serta efisien. Model ini juga merupakan model flagship bagi tablet HUAWEI sekaligus menjadi model terbaik pernah dihasilkan HUAWEI ketika ini.

Dari segi skrin dan paparan, model ini menawarkan saiz skrin 12.6-inci dengan paparan OLED. Penawaran DCI-P3 serta ketepatan warna kurang daripada 0.5 Delta E pastinya memberi kepuasan buat para penggunanya.

Skrinnya yang besar dan jelas turut membolehkan pengguna menjadikan HUAWEI MatePad Pro 12.6-Inch dijadikan sebagai monitor mudah alih dalam membuat suntingan gambar dan sebagainya sekaligus menjadi tablet terbaik buat content creator serta mereka para juru gambar.

Sumber: techradar

Bukan itu sahaja, model ini bakal menjadi peneman setia pengguna menerusi penyertaan lapan speaker yang tersedia. Menonton aplikasi penstriman pastinya bukan lagi masalah serta lebih menghiburkan menerusi tablet HUAWEI ini.

Dilengkapi spesifikasi yang hebat, HUAWEI turut memfokuskan kepada pengecasan pantas di mana model ini menyokong 40W HUAWEI SuperCharge yang membolehkan pengguna mengecas bateri berkapsiti 10,050 mAh dalam tempoh sekitar dua jam sahaja. Oh ya, sokongan pengecasan tanpa wayar juga antara ditawarkan. Menarik bukan?

HUAWEI MatePad Pro 12.6-Inch mulai ditawarkan dengan harga RM3,999 beserta papan kekunci dan RM4,399 untuk pembelian bersama papan kekunci bersama M-Pencil. Masing-masing model ini ditawarkan dengan warna Matte Grey dan Olive Green.

2. HUAWEI MatePad 11

Sumber: kate

Sebuah lagi model inovatif daripada HUAWEI adalah HUAWEI MatePad 11. Model yang hadir dengan saiz skrin 11-inci ini dilengkapi dengan sokongan refresh rate 120Hz membuatkan pengalaman penggunaan menjadi lebih menarik.

Dari segi spesifikasi, HUAWEI MatePad 11 hadir dengan penggunaan processor Snapdragon 865 beserta 6GB RAM yang memastikan segala kerja dapat dilakukan dengan lancar.

Model ini turut dilengkapkan dengan sokongan audio Harmon Kardon yang mamu menghasilkan output bunyi bass yang kuat dan jelas menerusi penawaran empat speaker dan empat mikrofon yang tersedia.

Harga yang ditawarkan pada HUAWEI MatePad dilihat sangat berbaloi di mana model ini dengan penawaran 6GB RAM dan 256GB ruang storan sedia ditawarkan pada harga RM1,999 sahaja.

3. HUAWEI MatePad 10.4

HUAWEI MatePad merupakan sebuah lagi model daripada siri MatePad yang hadir dengan saiz skrin 10.4-inci beserta paparan 2K Full View Display. Model ini turut hadir dengan pengalaman tontonan yang menarik berikutan dilengkapi dengan 84% skrin pada bahagian depan tablet.

Para pengguna pastinya terhibur dalam melayari aplikasi penstriman menerusi penawaran empat speaker daripada Harmon Kardon yang menjanjikan audio yang jelas sepanjang masa.

Khusus buat mahu menggunakan tablet bagi tujuan pekerjaan, model ini turut menyokong HUAWEI Keyboard dan M-Pencil generasi pertama serta HUAWEI Share yang pastinya memudahkan tugasan harian anda.

Dari segi harga, HUAWEI MatePad 10.4 sedia ditawarkan bermula daripada RM1,399 untuk spesifikasi LTE beserta 4GB RAM dan 64GB ruang storan manakala model dengan sokongan WiFi dengan 4GB RAM dan 128GB ruang storan ditawarkan pada harga RM1,499 sahaja.

4. HUAWEI MatePad T 10

Sumber: Huawei consumer

Sekiranya anda mencari sebuah tablet bagi tujuan pembelajaran secara dalam talian, mungkin HUAWEI MatePad T 10 antara yang boleh anda dapatkan. Model ini hadir dengan rekaan yang kompak, ringan dan mudah alih sekaligus memudahkan anda atau anak-anak anda membawa bersama kemana-mana sahaja dengan mudah.

Dari segi spesifikasi, model ini menawarkan saiz skrin 9.7-inci dengan paparan HD beserta dwi speaker yang mampu menawarkan audio dengan jelas buat para pengguna.

Selain itu, model ini turut memberi penekanan kepada penjagaan mata pengguna menerusi penawaran TÜV Rheinland certified Eye Comfort dalam mengurangkan cahaya biru yang mungkin membuatkan mata pengguna berasa tidak selesa untuk tontonan dalam jangka masa yang panjang.

HUAWEI MatePad T 10 sedia ditawarkan pada harga serendah RM799 sahaja bagi model 4GB RAM dan 64GB ruang storan. Berbaloi bukan?

5. HUAWEI MatePad T 10S

Sumber: mynexttablet

Sebuah lagi model HUAWEI daripada siri MatePad dalam senarai kami adalah HUAWEI MatePad T 10S. Model ini menyertakan paparan FHD degnan saiz skrin 10.1-inci. Penawaran bezel yang nipis beserta teknologi HUAWEI ClariVu menjanjikan pengalaman tontonan yang memukau buat para pengguna.

Khusus buat pencita muzik, model ini turut menawarkan sokongan teknologi Harmon Kardon buat dua speaker yang ditawarkan yang mampu menghasilkan audio yang kuat dan jelas.

Buat pengguna yang kerap menggunakan tablet pada waktu malam, tablet ini mungkin menjadi pilihan menerusi penawaran Dark mode yang mampu mengurangkan pencahayaan pada tablet apabila diaktifkan sekaligus membuatkan mata anda menjadi lebih selesa.

Model ini juga turut menjadi pilihan buat mereka yang kerap membaca eBook berikutan penawaran eBook mode yang menjanjikan pengalaman pembacaan yang lebih selesa buat para pengguna.

HUAWEI MatePad T 10S ini sedia untuk didapatkan dengan harga serendah RM999 sahaja bagi model WiFi dengan penawaran 4GB RAM serta 128GB ruang storan.

HUAWEI Share

Untuk pengetahuan, hampir kesemua model tablet daripada HUAWEI dilengkapi dengan HUAWEI Share yang membolehkan anda menghantar segala fail pada tablet kepada telefon pintar atau komputer riba HUAWEI dengan pantas dan efisien.

Selain itu, para pengguna berpeluang menjadikan tablet HUAWEI sebagai skrin kedua kepada komputer riba keluaran HUAWEI. Pastinya kerja para pengguna akan menjadi lebih produktif dan mudah menerusi penawaran skrin yang dipaparkan.

Segala aplikasi popular tersedia pada AppGallery

Sumber: digital trends

Untuk pengetahun, HUAWEI AppGallery berjaya menyertai lambakan aplikasi popular yang pastinya memudahkan pengguna untuk memuat turun.

Mengulas mengenai game, permainan mudah alih seperti Mobile Legends, Garena Free Fire, Plants VS Zombies, Honkai Impact 3, Lords Mobile antara yang sedia untuk dimuat turun menerusi HUAWEI AppGallery.

Aplikasi penstriman seperti Netflix dan YouTube Kids turut tersedia di mana anda boleh memuat turunnya menerusi carian menerusi Peta Search yang tersedia dalam AppGallery.

Khusus buat tujuan pembelajaran, mesyuarat dalam talian serta produktiviti, para pengguna boleh turut memuat turun aplikasi ZOOM menerusi carian di Peta Search manakala aplikasi seperti Micrsoft Word, Powerpoint dan Excell tersedia pada App Gallery. Aplikasi Google Classroom juga tersedia untuk diakses menerusi Quick app.

Aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Mesenger, Telegram dan WeChat antara yang tersedia di AppGallery manakala aplikasi tempatan seperti Maybank2U, CIMB Clicks, i-Akaun (KWSP) dan myASNB boleh dimuat turun secara terus menerusi AppGallery.

Penawaran HUAWEI MatePad

Kesemua model daripada siri HUAWEI MatePad ini sedia didapatkan secara sah menerusi rangkaian kedai rasmi HUAWEI dan juga kedai dalam talian HUAWEI. Selain itu, anda juga boleh mendapatkannya menerusi Lazada dan juga Shopee. Menariknya, pihak HUAWEI turut menawarkan beberapa hadiah menarik buat beberapa model terpilih.

Sekiranya anda mahukan tablet yang mampu melakukan tugas dengan lancar, skrin dengan paparan yang jelas dan terang, siri HUAWEI MatePad pastinya menjadi pilihan anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai HUAWEI MatePad Pro yang dikhususkan kepada golongan profesional menerusi penggunaan Harmony OS.

HUAWEI MatePad Pro, Tablet Khas Buat Golongan Profesional Dengan Penggunaan Harmony OS

HUAWEI WATCH GT 3 Dan FreeBuds Lipstick, Aksesori Berbaloi Pilihan Pengguna Yang Pentingkan Gaya