Digital Nasional Berhad baru-baru ini telah mengumumkan mengenai servis rangkaian 5G akan ditawarkan secara komersial kepada umum bermula daripada 15 Disember 2021 ini.

Menerusinya, beberapa syarikat telekomunikasi berpeluang menawarkan penawaran rangkaian 5G bersama pakej masing-masing yang disediakan kepada pelanggan mereka.

Sumber Gambar: Apple Insider

Liputan rangkaian 5G bakal diperkenalkan secara berperingkat yang merangkumi kawasan Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur bermula 15 Disember ini. Seterusnya, servis ini akan diperluaskan meliputi 80% kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2024.

Setakat ini, hanya TM sahaja yang sedia menawarkan rangkaian 5G kepada pelanggannya dan masih belum dikenal pasti senarai penuh syarikat telekomunikasi yang sudah bersetuju untuk menawarkan rangkaian 5G tersebut. Dalam erti kata lain, pelanggan pascabayar unifi Mobile boleh menikmati rangkaian 5G pada peranti yang menyokongnya apabila mulai ujian nanti.

Dalam masa yang sama, kerajaan juga telah menyasarkan penawaran harga perkhidmatan 5G lebih murah berbanding 4G sebelum ini.

Kerajaan Sasar Tawarkan Harga Perkhidmatan 5G Lebih Murah Berbanding 4G

Penduduk Sekitar Kuala Lumpur Berpeluang Menikmati Rangkaian 5G Seawal Akhir Tahun Ini