Sekiranya bisnes Grab melibatkan e-hailing serta penghantaran makanan, kini sebuah lagi bisnes terbaru yang dijalankan dibawah syarikat yang sama dalam menawarkan servis penghantaran barang iaitu GrabExpress.
Difahamkan servis terbaru ini antara inisiatif Grab dalam menawarkan lebih banyak fasiliti buat para pengguna menerusi dana yang diterima. Untuk pengetahuan, perkhidmatan ini sebelum ini ditawarkan di Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam.
Melalui servis ini para pengguna berpeluang menghantar barangan atau dokumen ke destinasi yang dipilih dengan lebih mudah. Menariknya, anda juga berpeluang menggunakan fungsi ‘muti-stop’ yang membolehkan anda membuat pesanan penghantaran ke beberapa tempat yang berbeza.
Menariknya, servis ini turut dilengkapkan dengan jaminan insurans barangan sehingga RM500. Dalam erti kata lain, anda tidak perlu khuatir mengenai keselamatan barangan yang diterima mahupun yang dihantar.
Selain itu, anda juga berpeluang menerima penjimatan sebanyak RM5 untuk satu kali servis melalui kod ‘GRABPEXPRESS’. Promosi ini dikhaskan buat 1,000 pelanggan terawal. Pastinya servis ini antara yang memudahkan pengguna khususnya buat mereka yang menhantar barangan kepada pelanggan dikawasan sekitar.