Dengan kemudahan akses peranti dan internet kini membolehkan setiap lapisan umur menggunakannya. Akan tetapi, pelbagai pula risiko yang boleh berlaku seperti gangguan seksual atau buli siber yang membahayakan terumatanya buat pengguna yang berusia lebih muda.

Terbaharu, seorang pengurus pembangunan komuniti di Meta telah ditangkap dalam operasi khas yang bertujuan untuk mendedahkan pedofil di internet. Suspek yang bernama Jeren Miles telah tertangkap dengan rakaman kamera sewaktu operasi tersebut dan telah dibentangkan sebagai bukti mengenai mesej lucah yang dihantar kepada mangsa itu.

Sumber Gambar: Youtube

Dalam rakaman video tersebut, pasukan khas itu telah pergi ke bilik Miles di sebuah hotel berdekatan Ohio, Amerika Syarikat di mana menjadi tempat pertemuan antara suspek bersama kanak-kanak itu. Beliau dikesan cuba berbuat perkara tidak bermoral terhadap mangsa berdasarkan mesej yang dihantar.

Video itu juga menunjukkan Miles dengan berat hati mengakui tindakannya yang tidak bermoral serta masih cuba memberi alasan bahawa sudah menjauhkan diri daripada mangsa serta tidak bercadang untuk berjumpa seperti yang dinyatakan di dalam mesej. Beliau sedia didakwa kerana sedang dalam proses sex grooming seorang budak lelaki berusia 13 tahun.

Sumber Gambar: Freebiemnl

Untuk makluman, sex grooming adalah sebuah proses di mana berlakunya pembinaan kepercayaan oleh suspek terhadap mangsa dan secara perlahan-perlahan proses itu disusuli dengan tingkah laku seksual sehingga sampai ke tahap melakukan kesalahan jenayah seksual.

Selepas insiden penangkapan tersebut, Miles telah dipecat daripada syarikat Meta secara rasmi. Tindakan tegas itu dibuat demi menunjukkan integriti pihak Meta dalam menangani kes berat seperti ini.

Selain itu, Facebook juga dijangka bakal mengalami kerugian sebanyak RM42 bilion pada tahun ini ekoran kekurangan sasaran iklan berbanding sebelumnya.

Facebook Jangka Bakal Alami Kerugian RM42 Bilion Pada Tahun Ini Ekoran Polisi Privasi Apple

Facebook Semakin Kurang Releven, Pengguna Muda Dilaporkan Beralih Kepada TikTok

Mark Zuckerberg Sudah Tidak Tersenarai Dalam 10 Manusia Terkaya Di Dunia