Senarai iPhone Yang Bakal Menerima Kemas Kini Apple iOS 15 Bermula 20 September Ini

Pada hari ini Apple telah memperkenalkan secara rasmi iPhone 13 yang bakal dilengkapi dengan sistem operasi terbaru iOS 15. Menerusi pengenalan tersebut, Apple juga tidak melepaskan peluang mengumumkan pengenalan kemas kini iOS 15 yang bakal disediakan bemula 20 September kepada semua pengguna iPhone yang sedia ada.

Antara ciri menarik yang boleh didapati menerusi kemas kini iOS 15 adalah ciri Focus Mode di mana pengguna boleh memilih notifikasi yang spesifik untuk dipaparkan bagi meningkatkan produktiviti serta rekaan antara muka baru bagi pelayar Safari, ciri sekuriti dipertingkatkan dan sebahagian besar pembaharuan yang lain.

Sumber Gambar: Mac rumor

Apple akan menawarkan kemaskini iOS 15 ini secara percuma kepada sebahagian besar model iPhone yang sedia ada pada pengguna. Berikut merupakan senarai model yang akan menerima kemas kini terbaru ini.

Apple dilihat masih mampu memberi sokongan kemas kini terbaru kepada peranti yang sudah lama berusia lebih dari 6 tahun. Hal ini bagi memastikan pengguna masih boleh menggunakan peranti tersebut dengan lebih lancar bersama ciri sekuriti yang telah ditambah baik.

Sementara itu, anda juga boleh meneruskan bacaan seleksi artikel terbaharu yang dipilih oleh kami.

Perbezaan Konsol Permainan Antara Steam Deck Dan Nintendo Switch Yang Menjadi Bualan Ramai

realme Band 2 Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia 15 September Ini

Sumber
Exit mobile version