Sejak berlakunya pandemik, orang ramai mula menceburi hobi baharu dalam mengisi masa lapang. Antara hobi yang menjadi pilihan adalah simulator perlumbaan yang boleh memberikan pengalaman pemanduan seakan dunia sebenar. Menariknya, kini anda juga berpeluang mempunyai sebuah setup simulator perlumbaan di rumah.

Pasti ramai yang masih bingung dengan penyediaan peralatan yang diperlukan untuk membina sebuah simulator yang lengkap dan boleh berfungsi dengan baik. Menerusi perkongsian akaun Facebook @Zulhafidz Yahya, beliau telah menyenaraikan sejumlah peralatan yang diperlukan untuk sesebuah setup simulator yang lengkap untuk di rumah.

Berikut merupakan peralatan setup simulator perlumbaan di rumah yang anda boleh dapatkan dengan mudah menerusi Shopee sahaja.

Base rig simulator

Rig simulator
setup gaming
Sumber Gambar: Facebook

Pertama sekali, anda memerlukan rig simulator untuk menampung semua perkakasan sesebuah simulator dengan baik. Tapak ini akan memudahkan anda memasang perkakasan pada tempat yang sepatutnya dengan sejumlah ruang yang disediakan. Tidak hanya memastikan semua barang dalam keadaan teratur sahaja, bahkan ianya boleh beri keselesaan dan pengalaman yang lebih realistik.

Anda boleh dapatkan rig simulator menerusi Simmatch yang menawarkan sebuah rig yang mempunyai ruang yang lengkap serta binaan yang kukuh. Terdapat sejumlah ruang yang disediakan untuk stereng, monitor, shifter, pedal kereta dan juga tempat duduk yang boleh dilaras. Anda boleh dapatkan di Shopee pada harga RM1,200 sahaja.

Beli Sekarang Rig Simulator

Seat
Sumber Gambar: Shopee

Tempat duduk juga boleh didapati menerusi kedai yang sama yang mana menawarkan pelbagai jenis rekaan untuk keselesaan dan pengalaman yang realistik sewaktu bermain. Kebiasaanya kerusi ini hadir dengan rekaan mengikut bentuk badan seakan kereta perlumbaan yang sebenar. Tempat duduk berkenaan dijual pada harga serendah RM499 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Seat

Keyboard holder
Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, anda turut memerlukan keyboard holder untuk meletakkan papan kekunci dan tetikus. Pemegang ini mesti dipasang pada rangka tersebut dan boleh diubah mengikut keselesaan pengguna. Binaannya pula diperbuat daripada aluminium yang sudah pasti mampu bertahan lebih lama. Keyboard holder boleh didapati pada harga RM159 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Keyboard Holder

Handbrake holder
Sumber Gambar: Shopee

Brek tangan juga antara elemen penting dalam sesebuah simulator yang perlu pengguna dapatkan. Jadi, anda perlu dapatkan handbrake holder untuk meletakkan brek tersebut. Holder ini di mana gear dan brek diletakkan di sebelah sisi pemain yang mana perlu dibeli secara berasingan. Anda boleh dapatkan handbrake holder dengan bermula harga RM49 di Shopee.

Beli Sekarang Handbrake holder

Monitor
Sumber Gambar: Shopee

Pemilihan monitor merupakan aspek penting memandangkan ianya bakal memberi kesan kepada visual yang dihasilkan serta pengalaman permainan sekaligus. Bagi mereka yang menginginkan pengalaman permainan yang imersif, sudah semestinya monitor jenis skrin melengkung menjadi pilihan yang tepat.

Model monitor yang anda boleh pertimbangkan adalah Gigabyte G32QC. Monitor sememangnya menfokuskan aspek permainan dengan sejumlah ciri yang mampu menjalankan visual dan aksi yang bergrafik tinggi menerusinya.

Skrin monitor bersaiz 32-inci ini juga sangatlah responsif dan lancar dengan adanya refresh rate 165Hz. Anda boleh dapatkan monitor keluaran Gigabyte ini dengan harga RM1,699 di Shopee.

Beli Sekarang Monitor Gigabyte G32QC

Monitor stand
setup simulator
Sumber Gambar: Facebook

Untuk menyokong skrin monitor berkenaan, sudah semestinya anda memerlukan monitor stand. Monitor stand ini turut boleh memastikan skrin monitor boleh dilaraskan mengikut kesesuaian sudut penglihatan yang lebih baik serta mampu memberi keselesaan untuk  bermain jangka masa panjang. Monitor stand ini dijual pada tanda harga RM999 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Monitor Stand

Bezel kit
Sumber Gambar: Shopee

Kegunaan bezel kit pula untuk memberikan kepuasan pemandangan skrin dengan paparan panorama yang lebih menarik dan natural. Ruang di antara skrin-skrin anda akan terlindung sewaktu melihatnya seakan bercantum.

Kesesuaian pemasangan bezel kit ini pada skrin monitor berukuran 32-inci dan ke bawah sahaja. Anda boleh dapatkan bezel kit dengan penawaran harga serendah RM680 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Android King Bezel Kit

Stereng Thrustmaster T300RS-GT
setup simulator
Sumber Gambar: Shopee

Untuk bahagian stereng pula, anda boleh dapatkan Thrustmaster T300RS-GT kerana penawaran kualiti yang bagus dengan harga berbaloi. Stereng ini didatangkan dengan dua pedal shifter bersama sistem dual-belt.

Prestasi stereng perlumbaan tersebut telah terbukti responsif dan sangat lancar apabila dikendalikan yang sekaligus menambah keseronokan sewaktu dipandu menerusinya. Stereng ini boleh didapati dengan harga RM899 di Shopee.

Beli Sekarang Thrustmaster T300RS-GT

H-Shifter: Thurstmaster TH8A
Sumber Gambar: Shopee

Shifter keluaran Thrustmaster ini adalah antara pilihan yang digemari oleh pemain simulator. Hal ini disebabkan prestasi pengendalian yang lancar serta pelarasan yang boleh dibuat dengan mudah. Rekaannya tampak realistik pasti menambat hati peminat kereta di luar sana. Anda boleh dapatkan shifter keluaran Thrustmaster dengan harga RM898 di Shopee.

Beli Sekarang H-Shifter: Thrustmaster TH8A

GT3 Steering Mod
setup simulator
Sumber Gambar: Shopee

Ini antara mod yang boleh dipasang untuk menambahkan lagi adrenalin dengan memakai aksesori rekaan stereng GT3. Dengan sejumlah ruangan butang yang tersedia pada stereng untuk pengawalan sistem kereta membuatkan anda merasai seperti memandu kereta perlumbaan sebenar. Mod stereng seumpama ini boleh didapati dengan harga serendah RM350.

Beli Sekarang GT3 Steering Mod

Steering Adaptor Kit
Sumber Gambar Shopee

Sebarang mod tambahan yang dilakukan pada bahagian stereng perlu mempunyai adapter untuk disambungkan pada bahagian kolum stereng nanti. Hal ini disebabkan setiap stereng pihak ketiga mempunyai rekaan shaft yang berbeza menerusinya. Anda boleh dapatkan steering adaptor kit dengan harga serendah RM60 di Shopee.

Beli Sekarang Steering Adoptor Kit

Button Box
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, anda memerlukan button box untuk setup simulator ini bagi melengkapkan lagi pengalaman pengawalan kereta sepenuhnya hanya di hujung jari. Anda boleh memasang button box menerusi USB pada komputer sebagai peranti pengawal permainan dengan menetapkan semua arahan pada butang berkenaan. Jika anda berminat dengan button box ini, boleh dapatkan pada harga bermula RM150 di Shopee.

Beli Sekarang Button box

Handbrake
Sumber Gambar: Shopee

Selepas itu, handbrake sangat penting untuk memudahkan anda mendapatkan kawalan brek dengan mudah sewaktu permainan. Anda sudah pasti lebih selesa menggunakan brek tangan permainan berbanding menekan pada papan kekunci tersebut.

Hal ini sekaligus memberikan pengalaman pemanduan yang baik pada sesi permainan. Anda boleh dapatkan brek tangan dengan harga penawaran RM150 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Handbrake

Audio gaming simulator

Speaker Logitech Z607
Sumber Gambar: Shopee

Dari segi audio pula, anda boleh dapatkan pembesar suara daripada jenama terkemuka Logitech yang sudah pasti diketahui kualiti binaan dan audionya yang baik. Model Logitech Z607 didatangkan dengan lima pembesar suara bersama satu subwoofer untuk penghasilan audio yang imersif ketika bermain. Anda boleh dapatkan model Logitech Z607 pada tanda harga RM488 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Speaker Logitech Z607

Headphone Sony XM3
Sumber Gambar: Shopee

Sekiranya anda lebih menggemari dengan penggunaan fon kepala ketika permainan, anda boleh pertimbangkan model Sony XM3 yang bakal memberikan pengalaman audio yang lebih imersif dengan pembatalan bunyi persekitaran.

Ditambah pula, ianya didatangkan dengan wireless menjadikan anda boleh bergerak dengan fleksibel sekaligus. Model Sony XM3 boleh didapati pada harga RM1,069 di Shopee.

Beli Sekarang Headphone Sony XM3

Aksesori

USB port hub
Sumber Gambar: Shopee

Kebiasaannya setup simulator merangkumi pelbagai perkakasan yang menggunakan port USB sebagai sambungan. Penyediaan hub USB tambahan boleh memudahkan anda membuat sebarang sambungan perkakasan dengan efektif serta menjimatkan ruang sekaligus. Anda boleh mencuba hub USB daripada ORICO dengan harga serendah RM43 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang ORICO USB Port Hub

Penyediaan setup simulator sememangnya menelan kos yang tinggi namun anda bakal menikmati satu pengalaman yang cukup mengagumkan serta ianya boleh melatih skill dan refleks pemanduan di dunia sebenar. Malahan, anda juga boleh menjual semula peralatan tersebut kerana mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan peminatnya sendiri.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengetahui cara-cara menggunakan dua monitor pada sebuah komputer bagi tujuan PdPR anak-anak selepas ini.

Cara-Cara Guna 2 Monitor Pada Sebuah Komputer Bagi Tujuan PdPR

Berharga RM27,000, Kenali Kerusi Gaming Cockpit Yang Viral Di TikTok Ini