Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Masalah ketirisan maklumat peribadi memang menjadi mimpi ngeri buat semua orang. Namun, dengan kecanggihan teknologi hari ini sememangnya sukar untuk membendung penjenayah yang licik untuk mengaut keuntungan menerusi penjualan data peribadi seseorang di internet.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @Radz1112 telah mendakwa terdapat sebuah laman web yang membenarkan sesiapa sahaja mendapat data peribadi orang ramai dengan hanya dengan sangat mudah. Laman web yang menggunakan nama ‘Caghi’ tersebut hanya didapati menerusi carian di Google sahaja.

Sumber Gambar: FMT

Dengan menggunakan OSINT (opens-source intelligence), ia boleh mengumpul semua data daripada sumber terbuka dan percuma bagi memaparkan data yang dimahukan oleh anda. Daripada percubaan awal, semudah memasukkan nama sahaja sudah mampu mendapatkan sebahagian butiran seperti nombor kad pengenalan dan kewujudan nombor anggota.

Sumber Gambar: Twitter

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Lebih parah lagi, pengguna juga boleh mendapatkan nombor IC penuh dan nama penuh anggota jika sanggup membayarnya. Bahkan, sebahagian maklumat berbayar bakal merangkumi alamat penuh rumah, laporan kredit dan juga data MySejahtera.

Malah, pengguna boleh membuat carian dengan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan sahaja lalu mendapatkan empat angka terakhir dalam IC serta nama pemiliknya. Laman web tersebut bagaimanapun didapati telah dipadamkan pada hari semalam juga.

Oleh itu, beliau telah mencadangkan orang ramai agar jangan meletakkan nama sebenar di media sosial seperti tarikh lahir, gambar nombor pendaftaran kenderaan dan negeri kelahiran masing-masing. Difahamkan pihak FMT sudah menghubungi jabatan Kenterian Dalam Negeri untuk mendapatkan respon lanjut berkenaan dakwaan ini.

Sebelum ini, DragonForce sudah berkongsi berkaitan cara yang digunakan pengodam untuk mengambil alih akaun media sosial anda.

DragonForce Kongsi Lima Cara Yang Digunakan Hacker Untuk Godam Akaun Media Sosial Pengguna

DragonForce Kongsi Lima Cara Elak Daripada Menjadi Mangsa Hacker Dan Scammer

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group