Maybank kini hadir dengan sebuah ciri baharu yang dinamakan sebagai ATM Cash-Out. Dengan ini, para pengguna boleh melakukan pengeluaran tanpa kad debit dan  hanya menggunakan aplikasi MAE sahaja.

Jika sebelum ini anda boleh mengeluarkan wang tanpa kad dengan menggunakan pengesahan kod berasaskan SMS, kini anda boleh berbuat sedemikian dengan semudah mengimbas kod QR sahaja. Ciri baharu ini dilihat lebih mesra pengguna dan praktikal bagi kegunaan hari ini.

Sumber Gambar: Youtube Maybank

Menerusi kaedah baharu ini, anda boleh menggunakan aplikasi MAE kemudian mengimbas kod QR yang dipaparkan pada mesin ATM terpilih Maybank. Seterusnya, anda perlu memasukkan jumlah wang yang ingin dikeluarkan daripada mesin ATM berkenaan menerusi aplikasi MAE sahaja.

Ciri baharu ini dilihat sebagai satu usaha baik oleh pihak Maybank yang pasti digemari ramai kerana dapat memudahkan lagi proses pengeluaran wang dalam masa yang sama boleh membendung penularan wabak COVID-19 sekaligus. Bagaimanapun, ciri ini terhad untuk pengguna MAE sahaja.

Selain itu, anda juga boleh mengetahui cara menggantikan kad debit Maybank menerusi kiosk sahaja.

Lelaki Ini Kongsikan Cara Ganti Kad Debit Maybank Dengan Mudah Menerusi Kiosk Sahaja

Mudah Dan Pantas, Ketahui Cara Keluarkan Duit Tanpa Gunakan Kad Di Mesin ATM Maybank

Sumber