Sekitar pertengahan tahun ini, kecoh di media sosial selepas kumpulan hacker dari Malaysia terdiri daripada DragonForce dan beberapa lagi kumpulan lain berjaya menggodam pengkalan data Israel. Serangan tersebut didakwa dibuat sebagai sokongan terhadap Gaza yang diserang teruk oleh Zionis.
Terbaharu, bersempena dengan Tahun Baru Yahudi atau turut dikenali sebagai ‘Rosh Hashanah’, seorang penggodam dari Malaysia yang menggunakan nama Sang Kancil berjaya menggegarkan sistem sekuriti negara tersebut sehingga dilabelkan sebagai godaman terbesar dan terburuk dalam sejarah Israel.
https://twitter.com/ido_cohen2/status/1434780311607521281
Difahamkan godaman yang dibuat melibatkan 7 juta rakyat Israel melibatkan rekod pasport dan juga kad pengenalan. Malah, serangan yang dibuat nyata membuatkan Israel sekali lagi panik selepas sistem sekuriti mereka diceroboh.
Tidak hanya sekadar membuat godaman, Sang Kancil turut memaparkan bukti godaman yang terdiri daripada bil pembayaran majlis perbandaran, nama, tarikh lahir, lesen memandu dan sebagainya. Beliau juga turut memuat naik bukti tersebut di sebuah forum dan memaklumkan data rakyat Israel ini sedia untuk dijual.
https://twitter.com/httpsantha/status/1435272897086443520
Menerusi pelbagai serangan godam kepada Israel yang dibuat pada tahun ini jelas menunjukkan kehebatan penggodam dari Malaysia dalam melumpuhkan serangan musuh.
Untuk pengetahuan, ini merupakan kali kedua berturut-turut dalam minggu ini Israel dimalukan dunia selepas insiden enam warga Palestin berjaya meloloskan diri dari penjara Israel yang didakwa mempunyai sistem sekuriti terbaik.
Ketahui lebih lanjut mengenai kisah enam warga Palestin yang berjaya bolos dari penjara Israel ini dengan klik pautan di bawah.
https://www.thevocket.com/umpama-siri-prison-break-enam-warga-palestin-dilaporkan-berjaya-bolos-dari-penjara-paling-ketat-israel/
https://www.thevocket.com/lancar-opsbedil-hacker-dari-malaysia-muncul-wira-selepas-berjaya-godam-pengkalan-data-israel/