Sebut mengenai Pentas, pasti penggiat NFT cukup kenal. Muncul sebagai platform tempatan memfokuskan NFT membuatkan platform terus menjadi pilihan khususnya peminat seni digital tanah air.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan iaitu hari ini, Pentas dengan berbesar hati bakal menganjurkan majlis tutup khusus buat pengiat industri blockchain dan NFT.

Tujuan majlis tertutup ini diadakan dalam membolehkan para penggiat industri seni dan blockchain bersuai kenal dengan lebih rapat serta berpeluang meluaskan jaringan dalam industri.

Majlis tertup Pentas ini bakal diadakan di Avante Sky Deck, Avante Hotel pada 31 Ogos ini bermula jam 8 malam sehingga 11 malam.

Untuk pengetahuan, majlis khas Pentas ini bakal menerima sekitar 100 peserta terawal yang mendaftar dalam memastikan ruang yang selesa untuk mereka yang hadir.

Tular pada hari ini apabila Bank Negara Malaysia menyenaraikan OctaFX dalam senarai amaran pengguna kewangan.

Bank Negara Malaysia Menyenaraikan OctaFX Dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

Tidak Perlu Beli Daripada ‘Reseller’, Ini Caranya Menyemak Stesen Minyak Yang Menjual Kad TNG NFC