BlackBerry pada suatu ketika dahulu pernah menjadi kebanggaan bagi setiap pemiliknya seperti jenama Pixel dan iPhone hari ini. Dengan pengumuman penamatan perkhidmatan serta sokongan pada awal tahun ini sekaligus menyebabkan ia tidak boleh beroperasi dengan lancar lagi.

Namun begitu, masih terdapat sebahagian telefon pintar keluaran BlackBerry berasaskan Android yang dilaporkan tidak terjejas oleh perubahan berkenaan. Terbaharu, BlackBerry dilaporkan masih optimis untuk melancarkan telefon pintar terbaru buat para peminat.

Sumber Gambar: PCMag India

OnwardMobility selaku syarikat berlesen untuk menghasilkan peranti Blackberry sejak tahun 2020 kini menyatakan bahawa mereka bakal memperkenalkan telefon pintar baharu bersama sokongan 5G dan papan kekunci pada tahun ini. Bagi mereka tahun 2021 adalah tahun yang mencabar dan tidak sesuai untuk melancarkan telefon pintar tersebut.

Menerusi pengumuman rasmi ini, ia merupakan berita gembira buat peminatnya yang mahu melihat jenama ini terus hidup dan bersaing bersama jenama-jenama terkemuka hari ini yang telah mendominasi arena telefon pintar dengan jayanya. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai telefon pintar itu yang bakal dikongsi dalam tahun ini juga.

Pada awal Januari ini, BlackBerry secara rasminya telah mengumumkan penamatan perkhimatanya yang sekaligus menjejaskan sebahagian telefon pintar keluaran mereka.

BlackBerry Sah Tamatkan Perkhidmatan Telefon Pintar Secara Rasmi

BlackBerry Bakal Perkenalkan Telefon Pintar 5G Dengan ‘Keyboard’ Fizikal Pada Tahun 2021