Samsung dikatakan bakal memperkenalkan kemas kini model tablet mereka menerusi siri Galaxy Tab S8. Antara penawaran model pada siri kali ini adalah versi ultra yang mana dipercayai sebagai tablet paling berkuasa yang dilengkapi skrin panel AMOLED bersaiz 14.6 inci serta rekaan bezel yang nipis.

Terbaru, Onleaks telah berkongsi imej yang didakwa sebagai gambaran Galaxy Tab S8 Ultra kelak. Seperti yang dikatakan, imej tersebut dilengkapi dengan skrin yang besar yang dipadankan pula bersama bezel yang nipis sekaligus tampak lebih premium. Akan tetapi, kelihatan kehadiran takuk pada bahagian sisi skrin untuk meletakkan kamera tersebut.

Perkara ini agak mengejutkan kerana Samsung pada sebelum ini acap kali memerli Apple mengenai rekaan takuk pada barisan iPhone 13. Kini Samsung sekali lagi mengikut jejak langkah Apple dengan penyertaan takuk pada tablet mereka pula.

Berikutan penawaran tablet terbaru ini, tweet Samsung bertarikh 15 September kembali menjadi perhatian netizen sekaligus diserang dengan komen yang mengaitkan takuk pada model yang bakal dilancarkan Samsung ini.

https://twitter.com/Ryuzth/status/1452559764005736450

Pada bahagian belakang tablet pula, anda boleh lihat terdapat sistem dual-camera serta jalur magnetik untuk memegang S Pen anda. Antara ciri lain yang dipaparkan seperti empat pembesar suara dan juga port sambungan USB-C. Dikatakan ciri takuk ini tidak akan dipakai pada Galaxy Tab S8 dan S8+.

Namun begitu, semua ini masih dalam spekulasi atau gambaran awal sahaja daripada peminat di luar sana dan tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Samsung berkenaan siri tablet terbaharu ini. Tablet ini dijangka akan dilancarkan pada tahun 2022 seiring dengan pengenalan siri Galaxy S22 sekali.

Menerusi acara Unpacked 2, Samsung melancarkang Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Watch 4 Bespoke Edition dengan pelbagai kombinasi pilihan warna.

Samsung Lancarkan Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Watch 4 Bespoke Edition

Samsung Tawarkan Kemas Kini Buat Galaxy Watch4 Dengan Pelbagai Fungsi Baharu

Sumber