Selepas iPhone SE, Apple Dijangka Perkenalkan iPad Dan iMac Mampu Milik

Pada minggu lalu, Apple telah memperkenalkan model iPhone SE generasi terbaru. Penawaran spesifikasi yang menarik menggunakan processor Apple A13 Bionic seperti iPhone 11 Pro berjaya membuatkan orang ramai teruja. Ditambah pula dengan harganya yang mampu milik sekaligus membuatkan model ini menjadi rebutan ramai.

Bersempena dengan pelancaran iPhone SE, Apple dikatakan sedia menjalankan strategi yang sama bagi produk iPad dan iMac dengan memperkenalkan model mampu milik dalam usaha untuk menarik lebih ramai pengguna Apple.

Berdasarkan ura-ura model yang bakal diperkenalkan terdiri daripada iMac dengan saiz skrin 23-inci serta iPad 11-inci. Kedua-dua model ini dijangka bakal dilancarkan pada pertengahan tahun ini.

Sebagai perbandingan, iMac kini ditawarkan dengan harga bermula daripada RM4,749 manakala iPad Air hadir dengan harga serendah RM2,199. Pengenalan model terbaru ini kemungkinan besar bakal ditawarkan dengan harga yang lebih rendah buat para pengguna. Nampaknya mungkin ini strategi terbaru Apple dalam menarik minat pengguna yang tidak mahu berbelanja besar.

Nampaknya model yang baru dilancarkan Apple iaitu iPhone SE berkongsi komponen yang hampir sama seperti iPhone 8. Turut dikongsikan, review penuh iPhone SE yang berbaloi untuk dimiliki.

https://www.thevocket.com/iphone-se-disahkan-menggunakan-semula-hampir-kesemua-komponen-iphone-8/

https://www.thevocket.com/review-iphone-se/

Exit mobile version