Selepas iPhone, Apple Dijangka Lancarkan Kereta Elektrik Menjelang 2024

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan jenama Apple? Jika sebelum ini rakyat dikejutkan dengan berita pelancaran telefon pintar yang baharu, kali ini jenama tersebut dikatakan bakal melancarkan kenderaan mereka yang tersendiri.

Difahamkan, kenderaan tersebut akan dilengkapi dengan teknologi bateri baharu dan sistem pandu sendiri menjelang tahun 2024 tetapi disebabkan negara sedang dilanda pandemik, tahun bagi pelancaran kereta tersebut akan ditunda kepada tahun 2025.

Sumber: The NFA Post

Menurut laporan yang diterbitkan di laman Reuters, jenama Apple dikatakan akan dibantu oleh pihak ketiga bagi menyediakan beberapa komponen teknologi dalam melengkapi kenderaan tersebut dengan sistem pandu sendiri dan sistem Light Distance And Ranging (LIDAR). LIDAR adalah suatu kaedah di mana ia merupakan teknologi untuk mengukur jarak dari objek dengan menggunakan cahaya.

Bukan itu sahaja, teknologi bateri Apple dilaporkan akan membenarkan kenderaan tersebut untuk dipandu dengan jarak yang lebih jauh dengan kos yang lebih rendah. Walaupun begitu, perkara tersebut belum lagi disahkan dari pihak Apple.

Sumber: IDG Insider Pro

Berita ini dipercayai bukanlah kali pertama jenama Apple mengatakan ingin mengeluarkan kereta mereka tersendiri. Terdahulu, terdapat laporan yang mengatakan jenama Apple akan membina kereta mereka tersendiri namun, perkara tersebut dipercayai tidak benar.

Jenama dari Amerika Syarikat tersebut difahamkan telah memfokuskan diri kepada pembinaan sistem kenderaan autonomi yang turut dikenali sebagai kenderaan pandu sendiri dan bukannya pengeluaran kenderaan berjenama Apple.

Baca juga perkongsian kami yang terdahulu mengenai Apple disaman RM48.72 juta di Itali berikutan dakwaan iPhone waterproof.

https://www.thevocket.com/apple-disaman-rm48-72-juta-di-itali-berikutan-dakwaan-iphone-waterproof/

https://www.thevocket.com/kos-untuk-hasilkan-iphone-12-pro-cuma-serendah-rm1652-sahaja/

https://www.thevocket.com/cip-terbaru-snapdragon-888-gagal-tandingi-prestasi-apple-a13/

Sumber
Exit mobile version