Honor merupakan sub brand kepada Huawei sebelum syarikat ini bergerak sebagai jenama sendiri. Kita sedia maklum Huawei telah menghadapi sekatan perdagangan bersama Amerika Syarikat sejak tampuk pemerintahan Presiden Trump yang lalu.

Menerusi laman The Washington Post, syarikat Honor telah menjadi perdebatan antara empat agensi sekuriti berkenaan pengaksesan teknologi Amerika Syarikat kepada kuasa besar China lagi. Keempat-empat agensi keselamatan Amerika Syarikat telah mengambil bahagian dalam pengundian untuk memasukkan Honor dalam senarai entiti seperti Huawei.

Sumber Gambar: Business insider

Hasil daripada pengundian tersebut didapati Pentagon dan Energy Department telah bersetuju memasukkan Honor di dalam sebahagian senarai entiti. Dalam pada itu, Jabatan Luar Negara Amerika Syarikat dan Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat dilihat tidak bersetuju dengan tindakan sekatan ke atas Honor.

Sekiranya perkara ini berlarutan, dikatakan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mempunyai hak mutlak untuk membuat sebarang keputusan berkenaan isu tersebut.

Isu ini berbangkit apabila sebahagian pihak merasa risau dengan potensi pemindahan teknologi yang boleh berlaku. Sementara sebahagian lain berpendapat sekatan terhadap Honor bakal merugikan perdagangan Amerika Syarikat sahaja.

Sumber Gambar: Nextpit

Menerusi ketiadaan GMS dan cip Qualcomm yang menyokong rangkaian 5G pada peranti Huawei, kita boleh lihat ianya sangat memberi kesan kepada prestasi jualan peranti mereka sehingga ke hari ini. Tindakan ini boleh memberi impak yang besar kepada jenama Honor juga dan sukar untuk bersaing sekiranya mereka tersenarai di dalam sekatan tersebut.

Syarikat Honor melancarkan sebuah model telefon pintar flagship yang pertamanya selepas berpisah dengan Huawei iaitu HONOR V40.

Bawakan Perubahan Terbaru, HONOR V40 Dilancarkan Secara Rasmi Di China

https://www.thevocket.com/huawei-mate-40-pro-peranti-serba-lengkap-tanpa-servis-daripada-google/