Sekiranya anda mengikuti perkembangan berita kriptowang dan NFT, pastinya anda cukup tahu di mana bulan ini menyaksikan Ghozali berjaya mencipta menerusi penjualan NFT beliau yang unik.

Berbekalkan selfie yang diambil hampir setiap hari bermula tahun 2017, siapa sangka tahun ini menjadi tahun yang bermakna buat beliau selepas mendapat perhatian media seluruh negara berikutan kejayaan menjual NFT beliau dengan jumlah jualan mencecah RM4.3 juta.

Kejayaan yang diperoleh turut membuatkan beliau bersama keluarga menjadi dijemput bagi sesi temu ramah bersama selebriti Indonesia iaitu Deddy Corbuzier.

Terbaharu, selepas berjaya Ghozali menempa nama menerusi keunikan menawarkan NFT dengan hanya menggunakan gambar selfie, muncul pula sebuah akaun yang baru sahaja didaftarkan pada platform NFT OpenSea iaitu Ghozali Moms di mana pemilik akaun ini merupakan ibu kepada Ghozali.

Meskipun penjualan NFT Ghozali Moms tidak semeriah anaknya, namun selfie daripada wanita ini turut berjaya membuat para pelabur, peminat dan pengumpul NFT mendapatkan NFT Ghozali Moms.

Sumber: opensea Ghozali moms

Setakat artikel ditulis, jumlah hasil jualan NFT Ghozali Moms dalam tempoh seminggu ini sudah mencecah 0.21ETH (~RM2,817.34) menerusi 9 NFT yang ditawarkan.

Ketika ini, NFT menggunakan selfie sendiri sememangnya menjadi trend dan menjadi rebutan ramai. Selain dijadikan koleksi, NFT ini juga dapat dijual semula dengan harga yang lebih tinggi sekiranya popularitinya meningkat. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan buat Ghozali beserta ibunya yang bijak mengambil peluang dalam dunia NFT yang semakin berkembang ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai kisah Ghozali yang berjaya mencetus fenomena selepas menjual selfie beliau yang ditokenkan menjadi NFT.

Jadikan Gambar Sebagai NFT, ‘Selfie’ Harian Lelaki Ini Laris Selepas Tular Di Twitter

Hanya Dalam Tempoh Seminggu, Koleksi NFT Ghozali Berjaya Raih Hasil Jualan Mencecah RM4.3 Juta