Boleh dikatakan majoriti pengguna media sosial sangat mengenali nama Khaby Lame kerana populariti membuat video jenaka santai. Beliau yang berasal dari Senegal ini menjadi selebriti TikTok oleh kerana jumlah pengikut mencapai 149.5 juta.

Menerusi temu bual beliau bersama Fortune, Khaby Lame sahkan menerima bayaran setinggi  $750,000 (RM 3.4 juta) untuk setiap video berbayar di akaun TikToknya. Secara puratanya, setiap video berbayar bersama jenama terkemuka pasti mendapat bayaran minima $400,000 (~RM 1.8 juta).

Sumber Gambar: Miss Malini

Di samping itu, beliau dijangka menjana pendapatan mencecah $10 juta (~RM45.3 juta) sepanjang tahun 2021. Selain menghasilkan konten video sendiri, beliau turut menjana pendapatan dengan menjadi duta produk seperti Hugo dan Binance baru-baru ini.

Dikatakan beliau juga sangat berminat dengan dunia lakonan dan mahu menceburinya dengan lebih serius. Khaby kini menghabiskan sehingga tiga jam sehari mempelajari bahasa Inggeris. Jadi benarlah seperti kata pepatah mengatakan hasil tidak mengkhianati usaha.