Kelab Bola Sepak Selangor yang turut dikenali sebagai Red Giants pada minggu ini nampaknya telah menyertai dunia blockchain dengan melancarkan koleksi NFT mereka sendiri menerusi laman Pentas dan OpenSea.

Menerusi ciapan Selangor FC terbaharu, koleksi ini dinamakan sebagai Red Giants NFT (RGNFC) dengan menawarkan beberapa kelebihan kepada pemiliknya yang memberikan akses kepada pelbagai aktiviti digital termasuklah melihat konten dan program eksklusif, bersemuka dengan pemain secara maya, barangan ekskulsif dan melakukan undian terhadap idea kelab.

Sumber Gambar: Twitter

Penyertaan Selangor FC dalam dunia NFT sekaligus menjadikan kelab bola sepak ini sebagai yang pertama di Malaysia menawarkannya. Untuk makluman, JDT sebelum ini pernah memaklumkan bakal menawarkan NFT mereka tersendiri kepada peminat tegar kelab berkenaan.

Berdasarkan tinjauan di laman Pentas Red Giants, dapat dilihat hampir kesemua koleksi awal NFT yang ditawarkan sudah berjaya dibeli oleh para peminat.

Inisiatif ini juga merupakan salah satu kaedah baharu dalam menghubungkan peminat Red Giants itu dengan kelab berkenaan. Khusus buat para peminat, anda boleh dapatkan koleksi Red Giants NFT menerusi  Pentas dan OpenSea.

Perkara yang sama berlaku di dalam arena bola sepak antarabangsa di mana Lionel Messi juga mempunyai NFT tersendiri selepas perpindahan ke PSG.

Lionel Messi Terima Kriptowang Menerusi Perpindahan Ke PSG

6 Anak Seni Tempatan Yang Berjaya Menjana Sehingga 6 Angka Menerusi Penjualan Karya NFT

Sumber