Craig Federighi selaku Ketua kejuruteraan perisian Apple telah mengambil bahagian di dalam acara Web Submit 2021 dan berkongsi beberapa perkara penting berkaitan sekuriti. Di sini juga, beliau mahu menegaskan bahawa Akta Pasaran Digital yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Eropah bakal memberi kesan negatif kepada keselamatan pengguna.

Menerusi pembentangan yang disampaikannya,  beliau telah menunjukkan statistik sasaran serangan yang diterima oleh peranti Android pada setiap bulan adalah sekitar 5 juta. Perkara ini dikaitkan dengan keterbukaan ciri sideloading atau dikenali fail APK yang memudahkan pengguna memasang aplikasi tanpa disahkan menerusi peranti tersebut.

Sumber Gambar: Youtube

Tambah beliau lagi, Apple sangat mengambil berat perkara ini dengan sentiasa menguji setiap aplikasi yang disediakan kepada pengguna iPhone hanya boleh dipasang menerusi App Store sahaja. Hal ini sekaligus boleh memastikan keselamatan pengguna sentiasa berada di tahap yang optimum.

Dalam masa yang sama, Craig Fedrighi turut berkongsi mempamerkan keselamatan sekuriti platform lain seperti Android dan Windows yang menyokong pemasangan perisian yang tidak disahkan mempunyai peratus serangan yang lebih tinggi berbanding iOS.

Oleh itu, mereka sangat tidak bersetuju dengan Akta Pasaran Digital yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Eropah yang mahukan Apple memberi kebebasan kepada pengguna platform iOS dan MacOS boleh memasang fail yang tidak disahkan pada peranti. Malah, Apple lebih selesa untuk mengendalikan hal berkaitan sekuriti secara sendirian tanpa campur tangan lain.

Terkini, sebanyak empat syarikat gergasi media sosial telah terjejas pendapatannya oleh kerana polisi privasi baharu Apple yang lebih ketat.

Angkara Polisi Apple, Pendapatan Syarikat Gergasi Media Sosial Terjejas Sebanyak RM40 Billion

Gara-Gara Tidak Tawarkan Pengecas Bersama iPhone 12, Apple Sekali Lagi Disaman Di China

Sumber