Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Arena kriptowang ketika ini mengalami penurunan nilai yang drastik sehingga menjejaskan sejumlah pelabur. Jadi, sebahagian pelabur mulai menunding jari kepada ikon terkemuka seperti Elon Musk, Michael Saylor yang mana sering mempromosikan kriptowang secara terbuka.

Bagaimanapun, Elon Musk kini berkongsi bahawa beliau tidak pernah mengatakan orang ramai perlu melabur pada kriptowang. Dengan mengulas lanjut, Elon Musk mengatakan dalam Tesla, SpaceX dan beliau sendiri sedia membeli Bitcoin dalam peratusan kecil aset mereka.

Sebelum ini, Elon Musk sering mempromosikan kriptowang terutamanya Dogecoin menerusi Twitter sekaligus memberi kesan kepada harga pasaran kriptowang tersebut. Jadi, orang ramai berlumba-lumba mahu mendapatkan Dogecoin dengan harapan dapat mengaut pulangan yang lumayan.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Malah, beliau sendiri akui Dogecoin masih boleh digunakan untuk mendapatkan barangan daripada Tesla atau SpaceX sahaja. Seperti yang dinyatakan, beliau menegaskan tidak pernah menyuruh orang ramai melabur terus kepada kriptowang. Perkongsian terbaru oleh Elon Musk ini dirakamkan pada acara Qatar Economic Forum baru-baru ini.

Tular baru-baru ini Elon Musk menerima saman sebanyak RM1.1 trilion kerana didakwa menipu dalam skim piramid Dogecoin.

Didakwa Menipu Dalam Skim Piramid Doge Coin, Elon Musk Disaman Dengan Nilai RM1.1 Trilion

Didakwa Sengaja ‘Memburukkan’ Twitter, Pemegang Saham Failkan Saman Terhadap Elon Musk

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group