Perkhidmatan internet Starlink dibawah kendalian SpaceX baru sahaja mengumumkan bahawa perkhidmatan internet mereka kini sudahpun hadir di 32 buah negara di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Starlink kini dilihat hadir di hampir keseluruhan Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah, Australia dan juga New Zealand. Negara-negara seperti di benua Afrika dan Asia seperti Malaysia dikatakan akan mulai menerima perkhidmatan internet satelit Starlink seawal 2023 kelak.

Sumber Gambar: Starlink map

SpaceX mengatakan bahawa semua negara yang memperlihatkan ketersediaan sokongan perkhidmatan ini sudah boleh memesan piring satelit Starlink sekarang dan akan menerimanya dengan kadar segera. Malah, pengguna juga perlu menempah Starlink terlebih dahulu dengan meletakkan deposit sebanyak $99 (~RM435.90).

Dalam masa yang sama, mereka juga mengatakan bahawa ketersediaan adalah tertakluk kepada kelulusan kawal selia dan pesanan akan dipenuhi berdasarkan sejumlah pesanan yang terawal. Bagaimanapun, mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada SKMM terlebih dahulu sebelum menawarkan servis internetnya secara rasmi di Malaysia.

Sumber Gambar: Geekwire

Setakat penulisan ini, perkhidmatan internet satelit Starlink masih belum tersenarai di dalam daftar lesen MCMC. Oleh itu, sebaiknya anda tunggu sehingga syarikat Starlink mendapat kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa berkaitan di Malaysia. Selepas itu, barulah anda pertimbangkan untuk menggunakan servis internet ini.

Difahamkan negara Filipina bakal menjadi negara pertama yang boleh menikmati servisnya di rantau Asia Tenggara menjelang suku ke-empat tahun ini. Selain membayar deposit, anda perlu mendapatkan kit permulaan berharga RM2,643 terlebih dahulu dan dikenakan caj bulanan sekitar RM483.

Baru-baru ini, Astro juga sudah memperkenalkan perkhimdatan internet fiber terbaru mencecah 800Mbps dengan pakej serendah RM129.

Astro Perkenalkan Perkhidmatan Internet Fiber Mencecah 800Mbps Dengan Pakej Serendah RM129

Kelajuan Purata Internet Mudah Alih Malaysia Dilaporkan Lebih Pantas Berbanding Indonesia

Sumber