Sebuah lagi berita baik buat negeri Sarawak di mana negeri ini dilaporkan bakal menjadi antara negeri terawal yang ditawarkan dengan rangkaian 5G seawal tahun hadapan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, pemilihan Sarawak sebagai negeri terawal menrima rangkaian 5G adalah disebabkan beberapa faktor yang terdiri daripada kedudukan strategik dari aspek geopolitik dan kesalinghubungan.

Selain itu, pembangunan ekonomi digital negeri ini juga dilihat semakin berkembang di mana Sarawak turut memperkenalkan Sarawak Pay dalam memudahkan pengguna menjalankan transaksi secara cashless.

Untuk pengetahuan, Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya merupakan lokasi awal yang sedia ditawarkan dengan rangkaian 5G diikuti dengan Melaka. Penawaran rangkaian 5G secara meluas ini secara tidak langsung bakal memberi kemudahan buat pengguna dalam mendapatkan internet pantas bagi menjalani tugasan harian.

Tular pada minggu ini apabila Dyson memilih untuk menamatkan hubungan dengan sebuah syarikat pembekal di Malaysia berikutan dakwaan mengeksploit pekerja warga asing.

Didakwa Mengeksploit Warga Asing, Dyson Tamatkan Hubungan Dengan Pembekal Di Malaysia

Hukum Membeli Android Box Untuk Mengakses Siaran Berbayar Adalah Haram Menurut Mufti WP