Setiap kali memesan barangan secara dalam talian, pastinya harapan orang ramai adalah memastikan barangan diterima dengan keadaan yang baik dan pantas serta bebas daripada isu melibatkan penipuan.
Dalam pada itu, sudah menjadi kebiasaan memesan barangan pada musim promosi perayaan atau sempena single’s day telah membuatkan barangan yang dipesan diterima lebih lewat daripada jangkaan asal.
Dalam usaha untuk memudahkan urusan pembeli serta meningkatkan mutu urusan pembelian, Lazada bersempena dengan jualan Mid-Year Super Sale 7.7 lalu telah memperkenalkan Lazmall Guaranteed Delivery.
Menerusi LazMall Guaranteed Delivery para pengguna tidak lagi perlu risau mengenai isu barangan diterima dengan lewat atau sebagainya. Malah, pihak Lazada telah menjanjikan setiap barangan yang dipesan bakal diterima kurang dari 15 hari daripada tarikh pesanan dibuat.
Selain itu, terdapat juga sesetengah barangan yang ditawarkan di LazMall yang membolehkan anda menerima seawal 24 jam daripada tarikh pesanan. Menarik bukan? Sebarang barangan yang melebihi tempoh yang dijanjikan bakal diberi imbuhan oleh pihak Lazada.
Bukan itu sahaja, para pengguna juga akan terhindar daripada menjadi mangsa penipuan barangan palsu. Sesuatu yang baharu serta lama dinantikan pengguna khususnya pembeli tegar barangan secara dalam talian.
Mengetahui kemudahan terbaharu yang diperkenalkan Lazada, kami turut mencubanya dengan memesan tiga gadget di bawah LazMall iaitu Xiaomi Mi Band 5, Xiaomi Electric Air Pump dan Apple AirPods. Pengalaman pembelian pada pendapat kami sangat lancar meskipun berurusan pada single’s day dimana orang ramai turut berpusu-pusu membeli belah di laman yang sama.
Seperti yang dijanjikan, kami telah menerima kesemua barangan yang dipesan. Sistem tracking daripada aplikasi Lazada yang cekap juga turut memudahkan kami untuk mengetahui status barangan yang dipesan.
Oh ya, nak tahu apa yang lebih best? Kesemua pembelian gadget yang dibuat semuanya berjaya didapatkan dengan harga diskaun menerusi Mid-Year Super Sale 7.7 daripada Lazada.
Kemudahan terbaru yang diperkenalkan Lazada serta lambakan rangkaian kedai di bawah LazMall pada pendapat kami sangat memudahkan pengguna sekaligus membuatkan para pengguna tidak lagi was-was untuk mendapatkan barangan melalui laman ini.
Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai jaminan penghantaran pantas yang diperkenalkan Lazada dengan klik pautan di bawah.
https://www.thevocket.com/lazada-janjikan-jaminan-penghantaran-pantas-ke-seluruh-negara-sempena-jualan-7-7/
https://www.thevocket.com/nh-detoxlim-tawar-diskaun-sehingga-50-di-lazada-buat-netizen-teruja/