Samsung Malaysia baru sahaja memperkenalkan penawaran menarik yang dinamakan sebagai Samsung Galaxy Ecosystem. Menerusi pakej ini, Samsung bakal menawarkan semua jenis peranti bagi memudahkan anda beralih sepenuhnya ke ekosistem Samsung.

Sumber Gambar: Samsung

Menerusi pek Galaxy Ecosystem ini, anda bakal memiliki Galaxy S22 Ultra, Galaxy Tab S8 Ultra, Watch4 Classic, Galaxy Bud Live, Camera Filter Mount dan juga Power Adapter Duo. Peranti yang ditawarkan sudah semestinya model yang terbaru supaya boleh memberikan pengalaman penggunaan ekosistem yang baik.

Sumber Gambar: Galaxy

Samsung sedia menawarkan pek ekosistem Galaxy ini dengan harga RM10,888 sahaja. Pengguna boleh berjimat sekitar RM2,726 yang mana sangat berbeza harganya jika dibandingkan pembelian secara berasingan.

Buat anda yang sudah lama berminat untuk mencuba ekosistem berlainanan, inilah masa sesuai untuk mencuba pek Galaxy Ecosystem di laman web rasmi Samsung Malaysia. Bukan hanya boleh memiliki peranti terkini, malah anga juga mampu meningkatkan produktiviti seharian menerusi ekosistem produk terbaru Samsung.

Syarikat Samsung juga telah dilaporkan sedang membangungkan kamera sensor sebesar 200 Megapixel buat siri Galaxy S23.

Samsung Dilaporkan Sedang Bangunkan Kamera Sensor Sebesar 200 Megapixel Buat Siri Galaxy S23

Sony Jangkakan Kemampuan Kamera Telefon Pintar Melangkaui DSLR Seawal 2024

Sumber