Sudah menjadi satu tradisi buat Samsung untuk berkolaborasi dengan jenama-jenama terkemuka dalam menarik lebih ramai pelanggan baru. Jika baru-baru ini Samsung menawarkan Galaxy Z Flip edisi Pokemon, kini mereka sedia membawakan pula beberapa aksesori menarik hasil kolaborasi bersama Starbucks.
Menerusi perkongsian Starbucks Korea Selatan, antara aksesori yang ditawarkan termasuklah kerangka untuk Samsung Galaxy Buds 2 yang berbentuk cawan kopi Starbucks dengan lukisan latte pada penutupnya.
Selain itu, kerangka telefon untuk Samsung Galaxy S22, Samsung Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra juga ditawarkan dalam pelbagai kombinasi warna menarik lengkap dengan tali penyangkut terbina.
Kesemua aksesori peranti sangatlah menarik terutamanya untuk peminat yang gemar mengumpul barangan berjenama Starbucks. Seperti sumber asal yang dikongsikan, pada ketika ni mereka hanya menawarkan aksesori berkenaan di Koreas Selatan sahaja.
Sebelum ini, Gucci sedia berkolaborasi bersama untuk tawarkan konsol premiumd dengan harga sekitar RM41,000.
Gucci Berkolaborasi Bersama Xbox Tawarkan Konsol Premium Dengan Harga Sekitar RM41,000
realme Dan PUBG Mobile Berkolaborasi Untuk Liga E-Sukan Serantau Dengan Hadiah RM8,000