Sebahagian syarikat pengeluar kereta sudah pun menyokong aplikasi telefon pintar sebagai kunci digital. Pengguna berupaya mengakses masuk kereta dengan mudah tanpa perlu risau mengenai kunci fizikal lagi. Nampaknya Samsung juga ingin mengikut jejak langkah yang sama dengan menawarkan ciri ini kepada pengguna peranti siri Galaxy S21.

Menerusi perkembangan terkini, Samsung telah menawarkan kemas kini perisian terbaharu pada model Samsung Galaxy S21 Ultra dan Galaxy S21+ dengan ciriĀ  kunci digital kereta peribadi. Ciri ini membolehkan pengguna menggunakan fungsi NFC untuk menyahkunci sesebuah kereta tersebut.

Sumber Gambar: Android Authority

Samsung telah menyenaraikan jenama kereta yang menyokong ciri kunci digital iaitu Audi, BMW, Ford dan Genesis. Pengguna perlu mendaftar kereta mereka terlebih dahulu menerusi Samsung Pass dan barulah ia boleh diaktifkan. Selain itu, pengguna juga boleh menjejaki lokasi kenderaan secara langsung dengan kehadiran ciri UWB padanya.

Setakat ini, pelancaran perisian kemas kini hanya ditawarkan kepada pengguna di Korea Selatan dan ia bakal dikembangkan lagi ke Eropah dan Amerika Syarikat kelak.

Dikhabarkan pihak Samsung dan Olympus tidak berkolaborasi untuk bangunkan sistem kamera telefon pintar siri Galaxy S22 seperti yang dihebahkan sebelum ini.

Olympus Nafi Berkolaborasi Bersama Samsung Bangunkan Sistem Kamera Telefon Pintar

Siri Samsung Galaxy S22 Mungkin Akan Ditawarkan Dengan Saiz ‘Mini’

Sumber