Penawaran kain lap Apple yang berharga RM99 telah menjadi perbualan ramai sejak diperkenalkan. Orang ramai berpendapat ia sangatlah mahal untuk sebuah kain lap namun masih terjual dengan jayanya. Tempahan baharu pula hanya dibuka semula pada awal tahun hadapan kepada mereka yang berminat.

Seperti biasa syarikat pesaing lain seperti Samsung juga mahu turut serta hype tersebut tetapi dengan pendekatan yang berbeza. Pada kali ini, Samsung telah menawarkan kain lap keluaran mereka secara percuma sahaja menerusi promosi khusus buat pengguna Samsung Galaxy di Jerman.

Sumber Gambar: Galaxy Club

Kain lap empat segi berukuran 20cm ini ditawarkan kepada 1,000 pengguna Samsung Galaxy yang boleh ditebus melalui aplikasi Samsung Members. Untuk makluman, Samsung Members adalah sebuah aplikasi komuniti untuk pengguna telefon pintar Galaxy di mana peminat boleh mengetahui sebarang tawaran eksklusif daripada Samsung.

Penawaran ini hanyalah ditawarkan di Jerman sahaja setakat ini dan kesemuanya telah ditebus oleh pengguna di sana. Akan tetapi, siapa sangka Samsung juga sedia menawarkan kain lap keluaran mereka kepada pengguna di negara lain pula selepas ini.

Sebelum ini juga, Samsung sudah memerli Apple dengan penawaran refresh rate 120Hz yang dilihat sudah tersedia sekian lama pada peranti mereka.

Baru Sahaja Dilancarkan, Samsung Sudah Mulai Perli ‘Inovasi’ Model iPhone 13 Pro

Tiada Lagi Pengecas, Samsung Sah Lancarkan Samsung Galaxy S21 Dengan Harga RM3,699