Samsung Sahkan Model Baharu Galaxy Note Tidak Akan Dilancarkan Pada Tahun Ini

Penantian Samsung Galaxy Note 21 buat peminatnya pada tahun ini tidak seperti yang diimpikan. Samsung dilihat mempunyai perancangan yang berbeza untuk siri Galaxy Note kali ini.

Melalui perkongsian terbaru yang dibuat oleh 9to5Google, Samsung telah mengesahkan tentang ketiadaan model Galaxy Note 21 pada kali ini. Pada bulan Mac yang lalu, Samsung juga pernah memaklumkan kemungkinan siri Galaxy Note akan diberhentikan seketika ekoran isu kekurangan cip yang melanda di peringkat global.

Sumber Gambar: ESR Case

Isu tersebut dikatakan turut menjadi penyebab Samsung menangguhkan pengeluaran Galaxy S21 FE sebelum ini. Namun begitu, Samsung akan memperkenalkan S-Pen yang pertama direka khas untuk Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip generasi baharu pada acara yang akan datang.

Setakat ini pihak Samsung masih belum memberikan kata putus sama ada siri Galaxy Note akan ditamatkan atau sebaliknya. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut menerusi pihak Samsung yang bakal melancarkan model baharu menerusi acara Samsung Unpacked 2021 pada Ogos ini.

Terdapat desas-desus mengenai Samsung Galaxy S22 dijangka menawarkan kamera utama sehingga 200MP dengan kerjasama pengeluar kamera Olympus.

Samsung Galaxy S22 Dijangka Tawarkan Kamera Utama 200MP Hasil Kerjasama Olympus

Samsung Hadiahkan Galaxy S21 5G Edisi Olimpik Buat Atlet Malaysia Yang Layak

Sumber
Exit mobile version