Samsung Rancang Hasilkan Telefon Pintar Murah Untuk Pasaran India

Jenama telefon pintar terkenal dari Korea Selatan, Samsung sedang merancang untuk melancarkan siri telefon pintar bajet unuk pasaran India untuk menandingi syarikat telefon pintar Xiaomi dari China. Pengumuman ini disampaikan melalui pejabat urusan syarikat tersebut di Mumbai semalam.

Strategi tersebut bakal diperkenalkan untuk pasaran India terlebih dahulu sebelum merancang untuk meluaskan jualan ke seluruh dunia. Pelan tersebut diambil setelah mendapati nilai pasaran Samsung yang kurang memberansangkan dalam tahun 2018 berbanding jenama Xiaomi.

Samsung India yakin pengenalan Samsung M-Series dalam pasaran tersebut akan membantu meningkatkan jualannya di India. Jualan dalam talian melalui Amazon India dipercayai akan menambah nilai jualan dua kali ganda daripada sebelumnya.

Ketua pemasaran produk telekomunikasi Samsung India, Asim Warsi percaya dengan kemampuan M-Series untuk menarik minat bakal pembeli dalam pasaran negara tersebut. Mungkinkah M-Series ini turut akan masuk ke pasaran Malaysia? Kita tunggu dan lihat.

Sumber
Exit mobile version