Apple sememangnya sebuah jenama yang hadir dengan ‘inovasi’ yang sering menerima kecaman daripada orang ramai. Jenama ini pernah menawarkan iPhone tanpa headphone jack yang memaksa orang ramai menggunakan EarPods, AirPods atau earphone dengan sokongan bluetooth.

Siapa sangka di sebalik kecaman yang diterima, apa yang dilakukan Apple nampaknya telah mula diikuti oleh jenama-jenama lain sekaligus menjadi kebiasaan pada telefon pintar keluaran tahun ini.

EkOo-1QUcAAyCVq (2)

Terbaharu, hadir pula sebuah ura-ura terbaru dimana Samsung juga bakal mengikut jejak langkah Apple dalam menawarkan telefon pintar baharu tanpa palam pengecas atau charger bersama telefon pintar.

Berdasarkan alasan yang diberikan Apple sebelum ini, ketiadaan palam pengecas secara tidak langsung dalam menyelamatkan bumi daripada penggunaan karbon yang tinggi.

EkVicTWU8AEMZxb (1)

Dalam pada itu, Samsung baru-baru ini telah mengeluarkan ‘iklan’ terbaru dengan memerli Apple yang menawarkan iPhone 12 tanpa palam pengecas. Sekiranya Samsung turut melakukan pengarah yang sama, pastinya agak ironi buat jenama ini.

Berdasarkan kepada usaha yang dilakukan, nampaknya para pengguna mungkin perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan charger selepas ini sama ada melalui telefon pintar daripada jenama Apple mahupun Samsung.

Sama-sama kita nantikan keputusan yang bakal dibuat Samsung menerusi model keluaran tahun-tahun mendatang. Setakat ini, disahkan Samsung Galaxy S21 bakal hadir dengan palam pengecas 25W.

Sebelum ini, Samsung pernah memerli Apple yang menawarkan iPhone tanpa headphone jack beserta takuk. Walau bagaimanapun, syarikat ini memihak untuk membuang iklan yang dimuat naik selepas mengeluarkan model tanpa headphone jack.

https://www.thevocket.com/samsung-padam-iklan-sendiri-yang-memerli-apple-membuang-headphone-jack/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20201016

https://www.thevocket.com/samsung-troll-apple-lagi/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20201016

Sumber