Bila berbincang mengenai sistem operasi telefon pintar, kebanyakkan orang sudah pasti lebih mengenali akan Android dan iOS. Bagaimanapun, Google telah membangunkan Fuchsia bersama Samsung untuk beberapa tempoh pada tahun ini.

Menerusi laporan terbaharu, terdapat desas-desus memaklumkan bahawa Samsung kini sedang bercadang untuk gantikan penggunaan Android dengan sistem operasi Fuchsia pada penawarana telefon pintar akan datang. Bahkan, Samsung juga merupakan penyumbang utama di dalam pembangunannya sejak daripada pertengahan tahun 2021 ini.

Sumber Gambar: Gamingdeputy

Fuchsia didatangkan dengan gabungan pelbagai kelebihan daripada sistem Android dan Chrome OS pada hari ini. Selain itu, sistem operasi baharu Google ini berasaskan kernel Zircon yang diilhamkan dariapda Unix. Dikhabarkan Samsung juga sedang membuat persiapan untuk berhijrah ke Fuchsia namun tidak dinyatakan bila ia akan diadaptasi.

Daripada sumber yang sama, kini diperkatakan Samsung sedia menggantikan penggunaan Android dengan Fuchsia dalam beberapa tahun lagi. Tempoh peralihan yang lama ini perlu mengambil kira kestabilan sistem operasi serta pengintegrasian aplikasi yang baik bagi pengalaman penggunaan yang lancar menerusinya kelak.

Selain itu, kini platform Steam Global tidak boleh diakses oleh pengguna China ekoran halangan daripada kerajaan sendiri.

Lebih 100,000 Permainan Disekat, Pengguna China Dihalang Daripada Mengakses Steam Global

China Memfailkan Saman Terhadap Tencent Berikutan Fungsi Terbaru Pada WeChat