Samsung Lancarkan Sensor Kamera Telefon Pintar 200-Megapixel Pertama Di Dunia

Samsung pada minggu ini telah melancarkan ISOCELL HP1 yang merupakan sensor telefon pintar sebesar 200 megapiksel pertama di dunia dengan gandingan ISOCELL GN5 untuk kepantasan autofokus yang luar biasa dalam membawakan pengalaman pengambaran ke tahap yang baharu.

Sensor ISOCELL HP1 ini mempunyai saiz pixel 0.64μm yang membolehkan imej yang dihasilkan lebih tajam dan jelas diambil dalam semua keadaan penggunaan yang turut dilengkapi dengan teknologi baharu pixel-binning, ChameleonCell.

Sumber Gambar: Samsung

Menerusi teknologi ini, sensor ini mengabungkan pixel 2×2, 4×4 atau sepenuhnya untuk mengambil gambar dalam keadaan terang mahupun gelap dengan baik. Dalam masa yang sama, ia boleh mengambil gambar dengan tetapan 12.5 MP dengan saiz piksel 2.65μm di mana hasil gambarnya masih tajam walaupun dengan tetapan yang rendah.

Dari segi kemampuan video pula, ISOCELL HP1 membolehkan rakaman video dalam mod 50MP diambil pada resolusi 8K dengan kadar bingkai 30fps dan 4K 120fps juga. Sensor ISOCELL GN5 turut didatangkan sensor kamera 1.0μm 50MP dengan teknologi autofokus Dual Pixel Pro yang dikatakan mampu menfokuskan imej dengan lebih pantas.

Sumber Gambar: Sammobile

Sensor terbaru Samsung ini dijangka bakal digunakan pada peranti Xiaomi flagship yang akan datang. Sama-sama kita nantikan sama ada Xiaomi bakal menjadi peranti pertama yang akan hadir dengan sensor kamera yang cukup berkuasa pada kali ini.

Dikhabarkan Xiaomi 12 yang terbaru akan dilengkapi dengan tiga kamera 50MP sementara model Xiaomi 12 Ultra yang mungkin hadir dengan sensor di atas.

Xiaomi 12 Dijangka Bakal Ditawarkan Dengan Tiga Kamera Belakang 50-Megagpixel

https://www.thevocket.com/kamera-xiaomi-mi-note-10-berjaya-menjadi-antara-kamera-terbaik-menurut-dxomark/

Sumber
Exit mobile version