Samsung Hentikan Pengeluaran ‘Blu-ray Player’ Di Amerika Syarikat

Jurucakap Samsung mengesahkan jenama berkenaan tidak lagi akan menghasilkan ‘4K Blu-ray player’ untuk pasaran Amerika Syarikat. Difahamkan buat masa ini hanya model tersebut sahaja yang ditarik semula daripada pasaran manakala model-model lain masih boleh didapati di kedai elektronik di Amerika Syarikat.

Langkah ini dikira sebagai satu langkah bijak kerana penduduk Amerika kini rata-rata memilih untuk menonton tayangan streaming yang menawarkan kualiti terbaik seperti Netflix berbanding menonton video menggunakan Blu-ray player atau pemain CD yang dikira sudah lapuk.

sumber: laporan Suku kedua 2018 Nielson

Penjualan blu-ray player di platform jualan atas talian seperti Amazon juga menunjukkan penurunan harga drastik akhir-akhir ini. Pasti ada dalam kalangan pengguna yang masih mempertahankan kualiti DVD atau Blu-ray yang jauh lebih baik berbanding video streaming yang bergantung kepada talian. Walau bagaimana pun, pilihan di tangan pengguna untuk memilih. Anda pula bagaimana?

Exit mobile version