Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Samsung sudah pun mengumumkan tentang acara Galaxy Unpacked yang bakal diadakan secara dalam talian pada 9 Februari ini. Menerusinya, kita bakal diperkenalkan dengan satu siri kelas  premium Samsung yang dinantikan oleh para peminatnya sejak sekian lama.

Terkini, model Galaxy S22 Ultra 5G dilihat sudah pun disenaraikan di Lazada dengan sebanyak empat pilihan varian yang boleh didapatkan oleh peminat tempatan. Pertama sekali, ia ditawarkan dengan spesifikasi 12GB RAM dan storan dalaman sebesar 128GB pada harga RM4,999

Sumber Gambar: Lazada

Penawaran harga bagi spesifikasi 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB adalah RM5,299. Untuk model yang dilengkapi dengan memori 16GB RAM pula didatangkan dengan dua pilihan storan dalaman sama ada 512GB pada harga RM5,899 dan setinggi 1TB pada harga RM6,399.

Galaxy S22 Ultra kali ini bakal ditawarkan dengan penggunaan cip Snapdragon 8 Gen 1 berserta kemas kini Android 12. Kamera utama dilengkapi sensor sebesar 108-megapixel dan kamera hadapan pula dengan 40-megapixel. Terdapat sokongan dua kad sim slot dan juga sambungan rangkaian 5G pada kali ini.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Ini hanyalah penyenaraian awal sahaja yang dibuat pada Lazada Malaysia. Terdapat kemungkinan harga akan berubah sedikit apabila dilancarkan secara rasmi kelak. Setakat ini, adakah anda berpuas hati dengan harga penyenaraian awal yang dibuat untuk model siri Galaxy S22 Ultra 5G pada kali ini?

Sementara itu, anda juga boleh melihat review yang telah dibuat oleh kami bagi model Galaxy S21 Ultra sebelum ini.

Samsung Galaxy S21 Ultra, Peranti Android Terbaik Yang Ada Di Pasaran Ketika Ini

Lengkapkan Keperluan Harian Anda, Ini 3 Perkara Menarik Samsung Galaxy S21 Yang Perlu Anda Tahu