Mula diperkenalkan pada tahun 2009 dengan Galaxy S-series, siapa sangka siri ini terus kekal releven dan menjadi penantian peminat Android setiap kali model terbaru dilancarkan sehingga ke hari ini.

Malah, siri yang tampil dengan model flagship ini dilihat turut menjadi model saingan buat jenama-jenama sejak dari tahun 2009 bermula dengan HTC, Motorola,Sony, Google dan juga Apple.

Beberapa minggu kebelakangan ini, kami sempat mencuba model terbaru daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy S21 Ultra. Samsung yang sebelum ini sekadar mengeluarkan sebuah telefon pintar kini turut mengeluarkan tiga telefon pintar serentak bermula tahun lalu di mana model dengan spesifikasi tertinggi dinamakan sebagai Ultra.

Dalam erti kata lain, Samsung dilihat sedia untuk memberikan yang terbaik dalam segala aspek baik dari segi rekaan, spesifikasi, kualiti kamera dan beberapa lagi ciri lain agar wajar dengan harga premium yang ditawarkan.

Seperti yang ramai sedia maklum, segmen telefon pintar flagship dengan harga mencecah RM5,000 ke atas semakin menjadi kebiasaan kini. Sekiranya ia berbaloi didapatkan, para peminat sanggup mendapatkannya walaupun hadir dengan tanda harga yang tinggi. Ayuh, ikuti review lanjut kami dalam mengetahui adakah model terbaik Samsung ini berbaloi untuk didapatkan atau sebaliknya.

Skrin Dynamic AMOLED 2X yang memukau

photo6129660205844245340

Kali pertama kami menghidupkan Samsung Galaxy S21 Ultra, kualiti skrinnya antara yang membuatkan kami teruja. Sukar untuk kami terangkan betapa baik kualiti yang ditawarkan Samsung pada kali ini.

Sebagai perbandingan, model ini dengan mudah untuk kami katakan Samsung Galaxy S21 Ultra hadir sebagai telefon pintar dengan skrin terbaik berbanding model-model serta jenama-jenama pesaing Samsung pada ketika ini.

Model ini hadir dengan saiz skrin 6.8-inci Dynamic AMOLED 2X. Sokongan WQHD+ dan HDR10+ berserta refresh rate sehingga 120Hz antara yang membuatkan skrin ini sentiasa kelihatan terang serta smooth sepanjang penggunaan.

Khas buat mereka yang mahukan lebih penjimatan bateri, Samsung turut menawarkan tetapan untuk mengubah kepada refresh rate 60Hz. Seperti kami, kami lebih selesa dengan refresh rate 120Hz yang didapati pada telefon pintar jenama pesaing.

Rekaan yang lebih kemas dan minimal

photo6129660205844245319 (1)

Pada kali ini, Samsung telah memperkenalkan rekaan yang dinamakan sebagai Contour Cut Design membolehkan keempat-empat kamera disorokkan dengan lebih kemas. Meskipun masih terasa camera bump pada model ini, kami berpendapat kehadiran camera bump membuatkan jari kami lebih selesa untuk memegang model ini dalam tempoh yang panjang.

Rekaan pada bahagian hadapan sudah hampir kesemuanya ditutupi dengan skrin kecuali pada bahagian kamera hadapan cuma menutup ruangan kecil pada bahagian atas skrin.

Turning point daripada Exynos 2100

samsung-exynos-2100

Buat pasaran Malaysia, Samsung sekali lagi memilih untuk menawarkan model siri Samsung Galaxy S21 dengan penyertaan processor daripada Exynos iaitu Exynos 2100.

Meskipun ramai yang mengharapkan processor daripada Snapdragon, pada kami model ini sudah cukup melengkapi penggunaan harian dengan sempurna. Pada kami, Exynos 2100 yang dibantu dengan RAM 12/16GB seolah menebus dosa model sebelum ini iaitu Exynos 990 yang dikatakan mengalami kerap panas dan battery drain selepas beberapa bulan digunakan.

Masalah seperti yang disebutkan nyata tidak lagi pada processor Exynos 2100. Malah, sepanjang percubaan kami menggunakan Samsung Galaxy S21 Ultra, model ini didapati cemerlang tanpa sebarang masalah.

Sebagai perbandingan dengan peranti yang menggunakan Apple A14 Bionic, kami dapati kedua-duanya seakan sama pantas menerusi beberapa aplikasi yang dibuka.

Dari segi kapasiti bateri, model ini disertakan dengan bateri 5,000mAh membolehkan pengguna mendapatkan sehingga enam jam screen on time. Pada kami ia sudah cukup baik melihatkan kepada skrin yang dipamerkan dengan refresh rate 120Hz.

Langkah Samsung dalam menjaga alam sekitar

photo6131912005657930443 (1)

Seperti juga jenama pesaing, Samsung pada kali ini tidak lagi menyertakan palam pengecas atau charger pada model terbaru mereka ini. Difahamkan Samsung memilih untuk tidak menyertakannya sebagai usaha untuk menjaga alam sekitar selepas didapati ramai pengguna yang sudah memiliki palam pengecas yang banyak.

Walau bagaimanapun, mereka yang tidak mempunyai palam pengecas dengan sokongan USB Type-C mungkin perlu berbelanja lebih untuk mengecas Samsung Galaxy S21 Ultra yang menyokong pengecas berwayar 21W dan tanpa wayar dengan 15W.

Kamera 108-megapixel dan zum 100x

photo6129660205844245318 (1)

Menerusi model ini, Samsung dilihat bangga mempromosikan sensor 108-megapixel dan yang ditawarkan pada kamera utama serta lensa telephoto yang membolehkan pengguna mendapatkan digital zoom sehingga 100x.

Untuk pengetahuan, pada model Samsung Galaxy S21 Ultra, Samsung telah menawarkan sebanyak empat lensa terdiri daripada lensa utama dengan sensor 108-megapixel, lensa ultawide 12-megapixel, lensa telephoto 3x 10-megapixel dan telephoto 10x yang juga 10-megapixel.

Berdasarkan percubaan kami tidak mempunyai masalah dengan kamera Samsung Galaxy S21 Ultra. Semuanya on point meskipun pada keadaan cahaya malap. Cubaan Samsung untuk menawarkan sehingga 100x zum juga dilihat bertambah baik berbanding model-model sebelum ini.

Hasil gambar potrait mode pada Galaxy S21 Ultra juga dilihat lebih baik berbanding hasil gambar beberapa telefon pintar flagship di pasaran ketika ini. Berikut merupakan hasil gambar tanpa edit menggunakan Samsung Galaxy S21 Ultra.

20210209_182324
Kamera hadapan
20210125_175323
Potrait Mode
20210209_174617
Potrait mode
20210125_175438
100x Space Zoom

Adakah berbaloi untuk dapatkan Samsung Galaxy S21 Ultra?

photo6129660205844245341

Sudah menjadi lumrah harga sesebuah telefon pintar antara yang menjadi penentu sama ada model tersebut berbaloi untuk didapatkan atau sebaliknya. Samsung Galaxy S21 Ultra hadir dengan dua spesifikasi iaitu 12/16GB RAM dan 256/512GB ruang storan.

Model yang dicuba kami adalah model 12GB RAM dan 256GB ruang storan hadir dengan harga RM5,299 manakala model 16GB RAM dan 512GB ruang storan RM5,899.

Pada pendapat kami, Samsung Galaxy S21 Ultra berbaloi sekiranya anda sedang mencari telefon pintar Android terbaik di pasaran pada ketika ini. Pengguna yang memilih untuk menggunakan model ini sudah pastinya mereka yang mahukan kuasa pemprosesan yang terbaik khusus untuk penggunaan harian mahupun kerja-kerja berat.

Selain itu, para pengguna juga bakal turut menikmati kehebatan kualiti kamera Samsung Galaxy S21 Ultra yang terdapat pada empat lensa ini di samping beberapa ciri lain yang eksklusif buat telefon pintar Samsung.

Sekiranya anda jarang menggunakan ciri yang terdapat pada S21 Ultra seperti kamera dengan sensor 108-megapixel atau sokongan zum sehingga 100x, mungkin model S21 atau S21+ antara pilihan yang lebih berbaloi mengikut saiz skrin pilihan anda.

Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan buat Samsung kerana berjaya membaiki segala cacat cela yang terdapat pada model sebelum ini. Samsung Galaxy S21+ didapati tidak lagi mengalami masalah mudah panas, lag mahupun battery drain.

Sekiranya anda sedang mencari sebuah telefon pintar Android dengan spesifikasi terbaik di pasaran pada ketika ini, siri Samsung Galaxy S21 adalah jawapannya.

Ketahui juga tiga perkara menarik yang terdapat pada Samsung Galaxy S21 sebelum anda mendapatkannya.

https://www.thevocket.com/lengkapkan-keperluan-harian-anda-ini-3-perkara-menarik-samsung-galaxy-s21-yang-perlu-anda-tahu/

https://www.thevocket.com/serba-pantas-dan-lengkap-ini-dua-sebab-utama-samsung-galaxy-s21-menjadi-buruan-ramai/