Nampaknya trend telefon pintar dengan sensor kamera yang besar bakal menjadi fenomena sekali lagi. Sebelum ini Xiaomi telah memperkenalkan telefon pintar mereka dengan sensor 108-megapixel dan nampaknya trend ini bakal diikuti dengan Samsung.
Terbaharu, dilaporkan Samsung Galaxy S11 yang bakal dilancarkan tahun hadapan bakal hadir dengan penyertaan lima kamera belakang beserta sensor 108-megapixel melalui perkongsian sensor yang sama seperti Xiaomi.
Seperti beberapa tahun terakhir ini, Samsung bakal memperkenalkan dua model telefon pintar flagship pada siri Galaxy pada tahun hadapan iaitu Galaxy S11 dan S11+.
Menarik pada kali ini, Samsung dilihat mahu menawarkan spesifikasi yang lebih hebat dan memuaskan pengguna dengan penyertaan skrin 6.9-inci 120Hz beserta bateri 5,000 mAh bagi model Samsung Galaxy S11+.
Samsung dijangka bakal memperkenalkan model terbaharu siri Galaxy ini seawal Mac tahun hadapan. Sama-sama kita nantikan apa lagi kejutan yang bakal dibawakan Samsung pada kali ini.
Berdasarkan ura-ura, Samsung bakal menyertakan rekaan lima kamera belakang dalam keadaan memanjang pada model terbaru mereka. Selain itu, Samsung Note10 dilihat pilihan yang masih releven setakat ini.
https://www.thevocket.com/ini-mungkin-rekaan-bagi-samsung-galaxy-s11-dengan-lima-kamera-belakang/
https://www.thevocket.com/mengapa-sekarang-merupakan-masa-terbaik-untuk-anda-bertukar-ke-samsung-note10/