Setahun berlalu dan nampaknya model terbaru daripada siri Samsung Galaxy Note bakal dilancarkan tidak lama lagi. Pada kali ini, Samsung buat pertama kalinya bakal melancarkan dua model Samsung Galaxy Note 10 secara serentak dengan penawaran spesifikasi yang berbeza.

Menurut CNET, Samsung Galaxy Note 10 bakal hadir dengan dua model dengan saiz skrin 6.28-inci dan 6.75-inci. Selain itu, model dengan saiz 6.75 -inci bakal turut menyokong rangkaian 5G.

smsung-galaxy-note-10-pro-render-featured_
Ura-ura rekabentuk Samsung Galaxy Note 10. Sumber: @OnLeaks
Screen Shot 2019-06-19 at 11.29.29 AM
Sumber: Twitter @BenGeskin

Setakat ini masih belum diketahui processor dan saiz RAM yang bakal disertakan pada Samsung Galaxy Note 10. Melihat kepada Samsung Galaxy S10 5G yang diperkenalkan dengan empat kamera, kemungkinan besar Samsung Galaxy Note 10 bakal mengikuti trend yang sama. Walaubagaimanapun, dikatakakan 3.5mm headphone jack mungkin tidak lagi disertakan Samsung pada kali ini.

Sama-sama kita nantikan maklumat penuh Samsung Galaxy Note 10 yang bakal dilancarkan pada 7 Ogos ini di acara UNPACKED yang berlangsung di New York.

Sumber