Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sudah menjadi kebiasaan ketika ini di mana orang ramai lebih selesa menggunakan true wireless stereo (TWS) berbanding earphone konvensional yang dilengkapi wayar.

Sokongan sambungan yang lebih mudah dan pantas serta harga mampu milik yang ditawarkan antara yang membuatkan earphone jenis tanpa wayar menjadi pilihan.

Melihat kepada trend orang ramai yang menjadikan TWS sebagai pilihan audio, Samsung pada tahun ini meneruskan siri Buds dengan melancarkan model Samsung Galaxy Buds2. Tidak hanya sekadar sebuah earphone tanpa wayar, teknologi yang ditawarkan pada model ini antara yang membuatkan kami teruja untuk mengulas dengan lebih lanjut.

Pada model keluaran pada kali ini, Samsung tidak hanya keseorang malah turut dibantu dengan jenama audio profesional iaitu AKG dalam menawarkan kualiti bunyi yang lebih baik buat para pengguna.

Rekaan

Menerusi rekaan Samsung Galaxy Buds2, Samsung telah tampil dengan sebuah bekas yang kemas serta tampak premium untuk mengecas dan menyimpan earphone. Lebih menarik, sebagai usaha untuk menjaga alam sekitar, bahan yang digunakan terdiri daripada bahan kitar semula.

Mengulas mengenai Samsung Galaxy Buds2, model ini hadir dengan empat pilihan warna iaitu White, Graphite, Olive dan Lavender.

Model yang berada di tangan kami ini adalah berwarna Olive. Menariknya, model ini hadir dengan gabungan dua warna di mana bekas model ini hadir dengan warna putih manakala bahagian dalam mempunyai warna Olive. Penawaran Olive pada kami sekaligus membuatkan model ini tampil unik berbanding TWS lain yang berada di pasaran pada ketika ini.

Saiznya yang tidak terlalu besar dan ringan membuatkan model ini selesa untuk digunakan dalam tempoh yang panjang.

Penggunaan dan kualiti bunyi

Penggunaan Samsung Galaxy Buds2 membolehkan pengguna memilih tiga mod yang terdiri daripada Actice Noise Cancelling (ANC), Ambient Sound atau mod biasa.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Mod yang paling kerap digunakan kami sudah pastinya Actice Noise Cancelling yang pada kami sangat cemerlang pada model ini. Anda bukan sahaja dapat membatalkan bunyi bising pada bahagian luar sewaktu mendengar muzik, malah turut boleh diaktif sewaktu tidak mendengar muzik untuk suasana yang lebih senyap.

Samsung pada kali turut bekerjasama dengan syarikat audio popular iaitu AKG. Menerusi kerjasama ini, para pengguna berpeluang mendapatkan kualiti audio yang tinggi di mana bass kedengar lebih punchy serta treble yang ditawarkan juga sangat memuaskan. Oh ya, model ini turut dilengkapi dengan fungsi Find My Earbuds dalam memudahkan anda mencarinya sekiranya tercicir atau hilang.

Sebuah lagi fungsi yang menarik perhatian kami adalah fungsi Voice Detect di mana model ini cekap mengesan sekiranya terdapat individu yang bercakap di hadapan anda dengan mengurangkan bunyi audio.

Melalui fungsi ini anda tidak lagi perlu memberhentikan lagu dan membuka Samsung Galaxy Buds2 setiap kali ingin mendengar atau bercakap dengan sesiapa. Menarik bukan?

Adakah Samsung Galaxy Buds2 berbaloi?

Samsung Galaxy Buds2 sedia ditawarkan di pasaran pada harga sekitar RM499. Mengetahui secara umum, model ini merupakan pencabar utama kepada Apple AirPods yang hadir pada harga RM829, penawaran harga Samsung Galaxy Buds2 dilihat sangat berbaloi.

Model ini berjaya membuktikan kepada jenama-jenama lain  ketika ini khususnya buat pengguna Samsung Galaxy. Fungsi yang menarik perhatian kami sudah pastinya sokongan noise cancelling yang sangat cekap di samping menawarkan kualiti bunyi yang baik pada sepasang TWS.

Sekiranya anda dambakan earphone mudah alih, kualiti bunyi yang mantap serta dilengkapi sokongan noise cancelling tanpa mahu berbelanja besar, Samsung Galaxy Buds2 pastinya pilihan terbaik untuk anda dapat ketika ini dengan harga sekitar RM499. Anda boleh klik di sini untuk dapatkannya dengan harga yang berbaloi.

Ikuti juga review penuh kami mengenai Samsung Galaxy Z Flip3 5G yang merupakan telefon pintar boleh lipat paling berbaloi anda boleh dapatkan ketika ini.

Samsung Galaxy Z Flip3 5G, Telefon Pintar Boleh Lipat Unik Dengan Harga Berbaloi

Samsung Memperkenalkan Seluar Jean Yang Direka Khusus Untuk Galaxy Z Flip3 Berharga RM4,639

 

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group