Pada acara pelancaran Samsung baru-baru ini, sejumlah produk terbaru telah diperkenalkan termasuklah fon telinga terbaru iaitu Samsung Galaxy Buds2. Terdapat pelbagai ciri yang disertakan pada fon telinga kali ini yang pasti dinantikan oleh peminatnya.

Samsung Galaxy Buds2 hadir dengan ciri pembatalan bunyi aktif (ANC) dan mempunyai ketahanan bateri sehingga 29 jam masa penggunaan. Model ini lagi masih memfokuskan kepada penghasilan audio yang berkualiti tinggi dengan menggunakan sistem speaker dinamik dua arah yang merangkumi tweeter dan woofer.

vocket-tech-news-buds-2
Sumber Gambar: Sammobile

Di samping itu, mikrofon juga sudah siap terbina dan mempunyai tiga tahap Ambience Mode yang boleh diaktifkan menerusi aplikasi Samsung Wearable. Menariknya, ciri Auto Switch ini bakal membolehkan Galaxy Buds2 disambungkan secara automatik dengan mudah pada peranti keluaran Samsung yang lain.

vocket-tech-news-buds-1
Sumber Gambar:Cnet

Buat pertama kalinya bagi barisan fon telinga terkini, Galaxy Buds2 mampu dikawal sepenuhnya menerusi jam tangan Galaxy Watch4. Terdapat beberapa pilihan warna yang menawan yang disediakan seperti Graphite, Lavender, White dan Olive. Harga jualan rasmi bagi pasaran Malaysia adalah RM499 seunit.

Dalam pada itu, Samsung Malaysia juga sudah menawarkan Galaxy Z Flip3 secara rasmi pada harga RM3,999 sahaja.

Samsung Malaysia Tawarkan Galaxy Z Flip3 Secara Rasmi Pada Harga RM3,999

Samsung Lancarkan Telefon Pintar Boleh Lipat Z Flip3 5G dan Z Fold3 5G

Sumber