Pada pertengahan Mac lalu, Samsung berjaya melancarkan tiga model terbaru sebagai usaha untuk kekal kompetitif dalam pasaran telefon pintar bagi kategori kelas pertengahan.

Menerusi A-series, Samsung telah melancarkan tiga model yang dinamakan sebagai Samsung Galaxy A32, Galaxy A52 dan Galaxy A72. Model Galaxy A32 hadir dengan harga terendah diikuti dengan Galaxy A52 dan seterusnya Galaxy A72.

Hadir dengan harga yang mampu milik, kami tertarik untuk mencuba Samsung Galaxy A32 bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kemampaun model ini. Berikut merupakan review penuh daripada kami.

Menawarkan rekaan yang minimal

IMG_1140

Sekiranya anda mencari sebuah telefon pintar yang minimal dengan harga mampu milik, pastinya Samsung Galaxy A32 antara yang menjadi pilihan. Pada bahagian hadapan, model ini sekadar hadir dengan skrin bertakuk kecil Infinity-V manakala bahagian belakang model ini juga tampil dengan rekaan yang minimal.

Sesuatu yang menarik perhatian kami pada model ini adalah penawaran skrin 6.4-inci Super AMOLED dengan 90Hz refresh rate. Meskipun fungsi ini sudah banyak ditawarkan pada telefon pintar flagship, menawarkan fungsi yang sama pada model dengan harga setaraf Samsung Galaxy A32 sememangnya suatu yang menarik.

Ditawarkan dengan cip pemprosesan Helio G80

Walau sekadar telefon pintar kelas pertengahan, dapat dilihat fungsi multitasking antara yang diutamakan Samsung. Hal ini dapat dilihat menerusi gaya pengguna yang semakin selesa dengan jumlah aplikasi yang banyak.

Samsung nampaknya turut mengambil serius mengenai perkara ini dengan menawarkan cip pemprosesan Helio G80 buat para pengguna. Hadir dengan lapan teras, model ini bukan sahaja melancarkan penggunaan sepanjang penggunaan harian, malah turut menyokong permainan game popular. Oh ya, sokongan bateri yang panjang juga turut disokong pada model ini.

Turut disokong dengan RAM 8GB dan ruang storan 128GB

Apa yang membuatkan model ini lebih menarik, model ini turut disokong bersama RAM bersaiz 8GB beserta ruang storan 128GB sekaligus membolehkan pengguna menyertakan pelbagai data dan gambar tanpa sebarang masalah. Penawaran RAM dengan saiz yang besar pula sememangnya melancarkan proses multitasking model ini.

Sekiranya anda mahukan ruang storan yang lebih besar, model ini turut menyokong slot kad Mikro-SD dengan saiz sehingga 1TB. Serius awesome!

Dilengkapi rangkaian internet 5G

Samsung pada kali ini nampaknya bersedia untuk menawarkan telefon pintar untuk kegunaan masa panjang apabila menawarkan teknologi rangkaian internet 5G pada hampir kesemua telefon pintar terbaru keluaran mereka. Samsung Galaxy A32 juga tidak terkecuali untuk mendapatkannya.

Dalam erti kata lain, pengguna yang mendapatkan Samsung Galaxy A32 tidak lagi mengalami masalah apabila internet 5G sedia ditawarkan di Malaysia kelak.

Kapasiti Bateri 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 15W

IMG_1170

Di saat pelbagai model yang ditawarkan kini tidak lagi ditawarkan tanpa pengecasan, model daripada siri ini konsisten menawarkannya. Lebih awesome, model ini turut ditawarkan bersama pengecasan pantas 15W.

Berdasarkan percubaan, penawaran bateri 5,000 mAh yang ditawarkan membolehkan model ini bertahan sehingga lebih 16 jam untuk penggunaan asas seharian sekaligus memberi petanda pengguna tidak lagi perlu risau untuk mengecas sehingga dua kali sehari semata-mata untuk memastikan telefon pintar mereka kekal hidup.

Dilengkapi tiga kamera belakang

IMG_0843

Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana Samsung berjaya menawarkan sehingga tiga kamera untuk model yang hadir dengan harga rendah ini. Pada kamera utama, Samsung Galaxy A32 dilengkapi dengan kamera 64-megapixel yang menggunakan sensor Samsung GW3. Lensa ultra-wide 8-megapixel beserta lensa depth 5-megapixel antara yang ditawarkan bersama.

Melengkapkan model ini, Samsung A32 turut disertakan dengan kamera 20-megapixel pada bahagian dalam menawarkan kualiti yang baik untuk para pengguna berswafoto. Berikut merupakan gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy A32.

20210422_094404
Kamera utama Samsung Galaxy A32
20210422_094627
Kamera ultrawide Samsung Galaxy A32
20210418_113244
Kamera hadapan Samsung Galaxy A32

Adakah Samsung A32 berbaloi untuk didapatkan?

IMG_1159

Samsung Galaxy A32 sedia ditawarkan pada harga RM1,199. Sebuah harga yang menarik menerusi fungsi yang ditawarkan merangkumi kualiti skrin, spesifikasi, rangkaian internet 5G beserta kapasiti bateri yang besar.

Sekiranya anda peminat Samsung serta tidak mahu berbelanja besar atau mahu mendapatkan telefon pintar kedua, Samsung Galaxy A32 pastinya menjadi pilihan. Penyertaan slot Mikro-SD dalam memudahkan anda menyimpan lebih banyak data sememangnya antara fungsi yang baik serta kerap tidak disertakan pada telefon pintar masa kini.

Model yang hadir dengan harga RM1,199 ini sedia untuk didapatkan menerusi rangkaian rasmi Samsung seluruh negara dan juga di Shopee dan Lazada. Menerusi tinjauan kami, model ini boleh didapatkan dengan harga yang lebih rendah beserta penawaran beberapa hadiah menarik membuatkan Samsung Galaxy A32 berbaloi untuk didapatkan.

Ikuti juga review penuh kami mengenai Samsung Galaxy A72 dan peranti terbaik Samsung iaitu Galaxy S21 Ultra.

Samsung Galaxy A72, Model Telefon Pintar Serba Lengkap Dengan Ciri ‘Flagship’

Samsung Galaxy S21 Ultra, Peranti Android Terbaik Yang Ada Di Pasaran Ketika Ini