Nampaknya jenama dari Korea iaitu Samsung yang sudahpun sinonim dengan masalah melibatkan saman kalini terpalit lagi dengan sebuah isu dimana jenama tangan popular Swatch menuduh Samsung telah meniru watch face atau rekaan dalaman mereka.
Tuduhan yang dibuat ini meskipun Swatch tidak mempunyai jam tangan pintar selepas dilihat rekaan daripada Samsung sangat mirip dengan rekaan jam tangan daripada Switzerland ini.
Lebih tragis, tuduhan yang dibuat selepas mendapati rekaan jam yang bukan rasmi daripada Samsung ini tersedia di Galaxy Store yang mana pendapatan turut diperoleh Samsung.
Berdasarkan tuduhan yang dibuat, Samsung diminta untuk membayar sebanyak $100 juta (RM406 juta) jika disabit kesalahan. Setakat ini, kes ini masih belum selesai manakala pihak Samsung belum mengeluarkan sebarang kenyataan maklum balas.