Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd (SDIEM) kini memulakan pembinaan kilang bateri baharu yang bernilai 1.7 trilion won (~RM5.77 bilion) di Seremban. Kewujudan kilang baharu ini adalah sebagai satu usaha untuk memenuhi permintaan bateri silinder yaang digunakan untuk kereta elektrik (EV) dan peralatan elektrik lain.

Dengan pelaburan ini juga, pihak Samsung SDI mengatakan pengeluaran bateri PRiMX 21700 melalui kilang berkenaan dijangka bermula pada 2024. Malah, bateri ini juga akan digunakan untuk kenderaan mikromobiliti seperti skuter elektrik dan seumpamanya.

Sumber Gambar: Samsung

Pelaburan Samsung SDI ini menjadi perintis pengeluaran bateri EV di Seremban yang akan menyediakan pekerjaan untuk golongan muda dan membuka peluang perniagaan tempatan sebaik ia siap sepenuhnya.

Permintaan untuk bateri jenis silinder dijangka akan meningkat daripada 10.17 bilion sel ke 15.11 bilion menjelang 2027 ekoran permintaan dari sektor alat pertukangan elektrik, kenderaan elektrik dan sistem storan tenaga. Kilang ini muncul sebagai kilang pertama Samsung di ASEAN dengan kemudahan fasiliti EV pertama Malaysia di Seremban.

Antara syarikat yang berminat untuk membuka kilang di Malaysia adalah Foxcoon dengan harapan boleh memenuhi permintaan semasa cip untuk kenderaan elektrik.

Foxconn Berhasrat Membuka Kilang Di Malaysia Bagi Menghasilkan Cip Untuk Kenderaan Elektrik

Mahu Tingkatkan Pengeluaran, Xiaomi Bina Kilang Dengan Penghasilan Peranti Setiap 3 Saat