Samsung sudah mengadakan acara Unpacked pada Ogos lalu dengan menawarkan beberapa peranti baharu menerusinya. Pada kali ini, Samsung dilihat masih mempunyai perancangan lain dengan pengesahan acara Galaxy Unpacked Part 2 pula yang akan diadakan secara langsung pada tarikh 20 Oktober jam 10 malam waktu Malaysia.

Setakat ini, masih belum diketahui intipati sebenar acara yang bakal diadakan oleh Samsung dan hanya terdapat spekulasi di mana Samsung Galaxy S21 FE bakal dilancarkan. Perkara ini telah dikuatkan lagi dengan berita yang mengatakan Samsung sudah berjaya menghasilkan lebih 10,000 unit siri Galaxy S21 FE pada bulan lalu.

Menerusi populariti serta hasil jualan yang tinggi berjaya diraih menerusi pengenalan peranti siri Galaxy S20 FE model sebelumnya, sudah pasti Samsung masih mahu meneruskan penawaran generasi Galaxy FE yang baharu pada pengguna di luar sana. Namun begitu, ini hanyalah jangkaan sahaja dan kita bakal menyaksikan perkara yang sepenuhnya pada 20 Oktober kelak.

Bukan itu sahaja, Samsung juga dilihat pernah mendedahkan rekaan Galaxy S21 FE di Instagram secara tidak sengaja.

Samsung Mendedahkan Rekaan Galaxy S21 FE Di Instagram Secara ‘Tidak Sengaja’

Samsung Siri Galaxy S21 Boleh Dijadikan Kunci Kereta Digital Di Korea Selatan

Sumber