Samsung Bakal Keluarkan Telefon Pintar Dengan Ruang Storan 1TB

Sekiranya sedekad lalu ruang storan 16GB atau 32GB sudahpun banyak dan memadai, kini tidak lagi. Ruang storan pada telefon pintar juga dilihat semakin bertambah bersesuaian dengan gaya penggunaan pengguna pada masa kini.

Dalam usaha menawarkan ruang storan yang lebih tinggi, Samsung nampaknya bakal memperkenalkan ruang storan dengan saiz kapasiti 1TB eUFS buat para pengguna. Lebih menarik, difahamkan teknologi ini sudahpun siap dan bakal ditawarkan buat telefon pintar Samsung tidak lama lagi.

Penggunaan teknologi eUFS daripada Samsung juga membolehkan ruang storan ini dibaca dengan kadar yang lebih cepat serta memudahkan orang ramai memuat turun video berosolusi tinggi dengan pantas tanpa sebarang masalah. Secara purata difahamkan eUFS bakal menawarkan kepantansan dua kali ganda berbanding SSD.

Berdasarkan pengumuman yang dikeluarkan Samsung ini, tidak mustahil Samsung bakal memperkenalkannya pada model Samsung Galaxy S10 atau Galaxy Note 10 yang bakal dilancarkan pada tahun ini. Sekiranya anda seorang yang mahukan ruang storan yang besar, mungkin menanti telefon pintar terbaru daripada Samsung merupakan pilihan yang berbaloi.

Sumber
Exit mobile version