Terkadang anda mungkin akan terlupa mengecas telefon pintar yang mana mampu memberikan kesan kepada aktiviti kehidupan di kemudian hari pula. Menerusi penemuan terbaharu ini, anda mungkin boleh mengecas telefon pintar dengan mudah menerusi baju sahaja selepas ini.

Terdapat sekumpulan penyelidik daripada Fudan University Shanghai di China telah berjaya membangunkan bateri ion lithium dalam bentuk tekstil fiber. Bateri fiber yang tercipta ini berupaya menyimpan sejumlah tenaga elektrik yang secukupnya untuk mengecas telefon pintar.

Sumber Gambar: Nature

Tekstil fiber ini boleh digunakan untuk pembuatan baju dan aksesori boleh pakai yang lain untuk mengecas telefon pintar anda secara wireless apabila diletakkan padanya. Hal ini sekaligus, telah membuka peluang untuk meneroka teknologi ini dengan lebih terperinci bagi kegunaan secara meluas pada masa kelak.

Menerusi terbitan kajian terkini, saintis memaklumkan bahawa mereka mampu menghasilkan bateri fiber tersebut dalam skala yang besar.

Sumber Gambar: Nature

Dalam masa yang sama, sebuah baju prototaip telah diperlihatkan oleh saintis berkenaan dengan keratan rentas pada bahagian tengah untuk mempamerkan rupa sebenar bateri fiber yang diperkatakan disebalik tekstil tersebut.

Dilaporkan juga bahawa bateri fiber ini mampu mengekalkan kapasiti sehingga 90.5% walaupun telah melalui kitaran pengecasan sebanyak 500 kali. Menariknya, bateri fiber tersebut masih boleh berfungsi dengan baik walaupun telah melalui pelbagai senario yang ekstrem seperti dilipat, dibasuh dengan air mahupun ditembusi oleh objek tajam.

Sumber Gambar: Nature

Setakat ini, saintis terbabit masih mahu menfokuskan kepada penambah baikan yang perlu dibuat pada bateri ciptaan terbaharu mereka sebelum ianya boleh digunakan secara komersial pada masa kelak.

Tidak mustahil sekiranya selepas ini kita bakal melihat teknologi bateri fiber bakal digunakan secara meluas menerusi pengenalan baju pintar pada masa kelak.

Sementara itu, anda juga mungkin berminat untuk mengetahui bagaimana cara menjaga battery health iPhone dengan betul.

Bagaimana Menjaga Battery Health iPhone Anda Supaya Tidak Cepat Turun

Sering Dipercayai Ramai, Ini 6 Mitos Tentang iPhone Yang Anda Perlu Tahu

Sumber