Dewan Rakyat kini baru sahaja meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) baharu yang bertujuan untuk mengenakan cukai jualan ke atas barangan yang dibeli secara dalam talian dan dihantar ke Malaysia.

Pelaksanaan cukai jualan 10% ini dikenakan kepada barangan import bernilai rendah yang dijual secara dalam talian. Dengan langkah ini, ia dijangkakan turut mampu melindungi pengeluar tempatan serta menjadikan jualan barangan dalam negara dan luar negara tertakluk kepada cukai jualan.

Sumber Gambar: Monday daily

Mengikut Belanjawan 2022 sebelum ini, cukai jualan ini tertakluk kepada barangan berharga RM500 dan ke atas serta diimport mengikut pengangkutan udara. Namun semua ini akan berubah selepas cukai ini berkuatkuasa menjelang pada tahun 2023 kelak.

Sebelum ini, hanya pengilang dan pengimport berada di bawah bidang kuasa menteri kewangan dan layak dikenakan cukai. Dengan kelulusan ini, semua barangan dibeli secara dalam talian yang diimport ke Malaysia tertakluk kepaa cukai tersebut.

Antara berita menarik pada minggu ini adalah kehadiran ciri Apple Pay pada platform Shopee.

Sokongan Pembayaran Apple Pay Sudah Mulai Dikesan Pada Platform Shopee

AmBank Dijangka Bakal Muncul Sebagai Bank Tempatan Pertama Tawarkan Apple Pay Di Malaysia